Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 22 Mei 2018

Lahad Datu, 28 Februari, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu telah berjaya melaksanakan Majlis Bual Bicara Dan Penyerahan Surat Pemangkuan
Dan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ke Gred DG42 yang disempurnakan oleh Ybhg Datuk Dr Haji Kassim Haji Mohd Ibrahim,
Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di Ballroom My Inn Hotel Lahad Datu.

 

Majlis yang dihadiri seramai 53 orang pengetua dan guru besar, 20 pegawai dan penyelia PPD, 111 penerima surat berkenaan merupakan
julung kali diadakan seumpamanya di daerah ini. 

Dalam bual bicaranya, Datuk Dr Hj Mohd Kassim menekankan 3 fokus kepada peningkatan kualiti sekolah di mana setiap warganya
menguasai SKPMG2. Kedua, barisan pentadbir dan guruperlu memberi fokus kepada kemenjadian murid dengan menghayati dan
memperkasakan empat komponen asas dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentaksiran pusat (PP), pentaksiran 
Bilik darjah (PBD), PAJSK dan Psikometrik.

Terdahulu dalam ucapan pembukaan, beliau mengajak semua warga pendidik menghayati profesion keguruan yang disebutkan sebagai
gelanggang pendidikan tersebut.

" Kita perlu melihat dan memahami konsep pertumbuhan murid ( growth Orientation ) pada tempoh enam tahun di peringkat sekolah
rendah dan tiga tahun di menengah rendah. Setelah itu di menengah atas, tingkatan empat dan seterusnya barulah diberi penekanan
kepada akademik iaitu 'Exam Orientation' " katanya.

 

Beliau juga bersama KPP SPA dan Pegawai Pendidikan Daerah En Zamri Hj Pehakan, Timbalan PPD, Puan Jummiah Tee dan 
wakil wakil unit telah melaksanakan lawatan ke enam buah sekolah sehari sebelum majlis ini. Turut membantu adalah Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Lahad Datuyang membenarkan aset berupa bot dengan kapasiti hampir 
15 penumpang digunakan dari jeti Ko-Nelayan ke Jeti SK Tanjung Paras..Datuk juga turut mengingatkan warga pendidik khususnya
barisan pentadbir yang dipimpin Pengetua dan Guru Besar supaya membudayakan PAK 21 dan PLC. Turut sama hadir dalam majlis
itu Ketua Penolong Pengarah SPK Datu Ruslin Datu Siabuk.

 

Sumber : Tuan Lajarudi Lajahidi ( Kaunselor Daerah )
 

View My Stats