Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 17 Ogos 2018

Lahad Datu, 2 Mac 2018, Program "Pump and Donate" anjuran bersama Stesen Minyak Shell fajar Lahad Datu bersama Pusat Sumber SK Lahad Datu IV
telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan dari masyarakat awam. Program ini bertujuan untuk mendirikan sebuah pondok bacaan
di Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV. Setiap minyak yang diisi di stesen minyak shell fajar akan disumbangkan untuk pembinaan pondok bacaan tersebut.

 

Orang ramai boleh membantu Pusat Sumber SK Lahad Datu IV dengan mengisi minyak di Stesen Shell Fajar. Majlis ini turut dihadiri oleh
Tuan Guru Besar SK Lahad Datu IV Encik Amdan Bin Asim, Ketua Pengusaha Stesen Minyak Shell Negeri Sabah, Pegawai PDRM dari IPD 
Lahad Datu, En Amirudin Bin Abd Rasyid (Pengusaha Stesen Shell Fajar, PIBG, Ibubapa dan guru guru serta warga kerja stesen shell fajar.

 

 

Program ini telah disempurnakan Oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Encik Zamri Bin Hj Pehakan.

View My Stats