Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 16 Oktober 2018

24 September 2018, Pejabat Pendidikan telah melaksanakan Majlis Pengiktirafan EKSA Bersama Pejabat ADUN N50 yang berlangsung dibilik Gerakan Prima Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu.



 

Seramai 65 Orang Staf Warga Pejabat Pendidikan menghadiri majlis tersebut.Penyelaras EKSA Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu En Ricky @ Idris dalam ucapan pembentangannya memaklumkan bahawa EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang terdahulu, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.

 

 

Pegawai Pendidikan Daerah En Zamri Bin Hj Pehakan megucapkan ribuan terima atas Lawatan Kunjung Muhibbah dari YB Tuan Hj Dumi Panglima Masdal ADUN N50 Lahad Datu merangkap Pembantu Menteri Kemajuan Luar Bandar Negeri Sabah beserta rombongan. Kunjungan ini akan merapatkan hubungan ke arah permuafakatan yang lebi jitu untuk memajukan Daerah Lahad Datu khususnya. Peningkatan pengupayaan Pelaksanaan budaya kerja EKSA secara partisipatif dan koloboratif dikalangan semua warga kerja akan membantu mengukuhkan pentadbiran sesebuah organisasi tambah beliau.

 

 

 

Dalam UCAPTAMA Ahli Dewan Undangan Negeri N 50 Lahad Datu , Yang Berhormat Tuan Hj Dumi mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja
Pejabat Pendidikan Daerah atas usaha mengekalkan kecemerlangan pengurusan EKSA di PPD Lahad Datu. Yang Berhormat berkesempatan melawat 
kawasan ruang pameran dan bilik serta ruang kerja dan telah memberikan 36 pelekat cemerlang.

 

 

View My Stats