Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Rabu, 12 Disember 2018

 

Bengkel Pembentangan Amalan Terbaik Immersion (PRIme) PGB Baharu JPN Sabah melibatkan 21 orang pembentang dalam kalangan pengetua dan guru besar baharu lepasan NPQEL. Seramai 35 orang Pegawai SIPartners+ dan 10 orang guru besar hadir bersama sebagai peserta. Bengkel ini diadakan pada 13 September 2018 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memilih 10 orang pembentang mewakili negeri Sabah bagi penyertaan di peringkat kebangsaan. Panel penilai pembentangan terdiri daripada Pensyarah Kanan IAB dari Cawangan Induk KPM, Pensyarah IAB Cawangan Sabah dan Ketua Penolong Pengarah daripada JPN Sabah. Bengkel ini dirasmikan oleh Encik Aslie bin Sahat, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Sabah mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

 

View My Stats