Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 16 November 2018

22 Oktober 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah Daerah Lahad Datu berkenan mengadakan lawatan Penanda Aras
Ekosistem Kondusif Sektor Awam ke Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu yang diketuai oleh En Awang Shukeri Bin Awang Salleh
Ketua Pejabat Operasi beserta rombongan.
 

Ketibaan rombongan disambut dengan majlis ringkas dan sederhana oleh Ketua Jabatan Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu
En Zamri bin Hj Pehakan, Puan Jummiah Binti Tee Timbalan Pegawai Pendidikan dan Ketua-Ketua unit serta AKP..
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Samsuddin Bin Hj Sabirin selaku Ketua Unit
Pendidikan Islam dan diikuti oleh ucapan alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah. Dalam teks ucapan pegawai menyentuh 
bahawa inovasi dan EKSA adalah sinonim yang boleh menterjemahkan suasana kondusif dalam perkhidmatan. Keselesaan dan
keselamatan perlu diambil kira sebagai prioriti pelaksanaan disamping kawasan yang bersih dan ceria. Pegawai Pendidikan juga turut 
mengucapkan jutaan terima kasih atas lawatan dari rombongan Jabatan Perangkaan Malaysia Daerah Lahad Datu.

 

 

 

Manakala En Awang Shukeri Bin Awang Salleh Ketua Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia dalam ucapannya mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Pejabat Pendidikan Daerah menerima kunjungan lawatan mereka bagi berkongsi budaya
amalan EKSA yang dilaksanakan di Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu. Beliau menambah bahawa Jabatan Perangkaan juga
akan dipersijilkan semula oleh MAMPU pada penghujung November 2018.

 

 

Rombongan pelawat juga telah dipertontonkan dengan tayangan video korporat dan diikuti oleh penerangan amalan EKSA di 
Pejabat Pendidikan Daerah  oleh En Ricky @ Idris Hj Andres selaku Penyelaras EKSA dan Fasilitator merangkap Ketua
Unit Pengurusan Maklumat dan ICT. Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu. 

 

 

 


Rombongan Jabatan Perangkaan juga dibawa melawat bilik bilik khas dan bilik bilik staf dan diberikan penerangan secara ringkas
oleh Penyelaras EKSA dan Pegawai Bertanggungjawab (PIC).
 

 

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu turut mengabadikan gambar kenangan bersama warga Jabatan Perangkaan
Malaysia Negeri Sabah Daerah Lahad Datu.

 

 


 

View My Stats