Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Rabu, 12 Disember 2018

14 November 2018, Audit Pensijilan Semula EKSA oleh MAMPU bagi Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu telah berlangsung
yang diketuai oleh Cik Vivian Nazarius selaku Ketua Juru Audit dan dibantu oleh Cik Jeta Anak Unggang.

Tuan PPD dan Timbalan serta semua AJK dan staf Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu berkesempatan menyambut para
auditor MAMPU dalam majlis yang berjalan dengan lancar.
 

Dalam ucapan Pegawai Pendidikan Daerah En Zamri bin Hj Pehakan mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran
auditor MAMPU yang bertujuan untuk menilai bagi Pensijilan Semula EKSA bagi Tahun 2018. Beliau juga menyentuh bahawa
persekitaran kerja yang kondusif dan selamat akan meningkatkan semangat untuk bekerja dan boleh menjana idea kreatif serta
berinovatif menghasilkan output berkualiti.
 

Cik Vivian Nazarius dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah atas kesediaan PPD Lahad Datu di audit terlebih awal dari
tarikh jadual yang dicadangkan, Ini bermaksud bahawa PPD Lahad Datu dah bersedia menerima teguran penambahbaikan yang 
akan ditemui oleh auditor.
 
Cik Vivian juga berkesempatan merasmikan Gimik Pelancaran Video Dan Pemotongan Banting bagi Program Premis Bebas Sampah.
Turut diiringi oleh Tuan PPD, Timbalan PPD serta penyelaras.
 

 

Beberapa penemuan amalan baik dan penambahbaikan minor telah dirumuskan dalam Exit Conference.
 

 

 

View My Stats