Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Ahad, 25 Ogos 2019

21 mac 2019, Seramai 14 orang pegawai dari PPD Pitas telah mengadakan lawatan Jalinan Kasih dan Penandaaras ke Pejabat Pendidikan
Daerah Lahad Datu.

 
 

Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Tuan Abdul Gani Bin Haiyun selaku ketua rombongan telah tiba ke Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu pada jam 8.30 pagi.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh warga Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu yang diketuai oleh Tuan Zamri Bin Hj Pehakan Pegawai Pendidikan
Daerah Lahad Datu.
 

 

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Tuan Hj Samsuddin Sabirin selaku Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Lahad Datu.

 

 

Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, En Zamri Bin Hj Pehakan mengucapkan selamat datang kepada rombongan warga kerja PPD Pitas dan mengucapkan
syukur kerana tiba ke Daerah Lahad Datu tanpa sebarang halangan. Beliau mengucapkan terima kasih kerana PPD Pitas bersedia memilih Pejabat Pendidikan
Daerah Lahad Datu sebagai lokasi penandaarasan bagi tahun ini.
 

 

Majlis kemudian diteruskan dengan penerangan ringkas Oleh En Ricky @ Idris Hj Andres selaku Penyelaras Amalan EKSA PPD Lahad Datu.
 

Aktiviti menandatangani memorandum persefahaman diantara PPD Pitas Dan PPD Lahad Datu bagi tujuan mengembeling kepakaran PPD Pitas dan
PPD Lahad Datu dalam memperkasakan dan membitarakan pelaksanaan Program EKSA di pejabat.
 

 

Kerjasama juga dijalin bagi melestarikan penyelidikan, penerbitan, perkongsian sumber dan kepakaran, pembangunan modal insan, pertukaran maklumat,
inovasi , bidang teknologi maklumat dan ICT.
 

 

 

Tuan Abdul Gani Bin Haiyun Pegawai Pendidikan Daerah Pitas berkesempatan menulis Refleksi dan ucapan di Pokok RUH ( Refleksi, Ucapan dan Hiasan)
yang diperbuat daripada bahan plastik dan seterusnya menandatangani Buku Lawatan EKSA PPD Lahad Datu.

 

Rombongan seterusnya dibawa melawat ke unit unit dan zon PPD Lahad Datu.
 

En Mohd Faridzul Penyelaras EKSA dari PPD Pitas sempat berseloroh dengan rakan rakan dari PPD Lahad Datu.

 
  


Warga PPD Lahad Datu mengabadikan gambar kenangan bersama warga Pejabat Pendidikan Pitas.

 

Pada sebelah petang telah diadakan Majlis "Mangan Kasi Lasa' ( Majlis Makan Kasih Sayang ) bersama warga PPD Pitas yang turut dihadiri Oleh
En Alimin Bin Sarip Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu.

 

Majlis turut diserikan dengan sumbangan Lagu dari Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Tuan Abdul Gani Bin Haiyun serta warga staf PPD Pitas dan
PPD Lahad Datu.

 

 

 

 

 

 

 

Pada sebelah malam pula telah diadakan aktiviti sukan perlawanan persahabatan permainan badminton dan futsal diantara PPD Pitas dan Lahad Datu

 

 

 

Pada 22 Mac jam 8.30 pagi diadakan Majlis mesra ria di PPD Lahad Datu.

 

 

 

Pada Jam 9.30 pagi rombongan PPD Pitas telah dibawa melawat Ke SMK Terusan yang merupakan sekolah menengah rintis terawal di Daerah Lahad Datu.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pengetua SMK Terusan En Che Aziz Othman beserta penolong kanan dan guru guru serta AJK EKSA.

 

 

 

 

Warga PPD Pitas mengabadikan gambar kenangan bersama warga Pentadbir dan AJK Amalan EKSA SMK Terusan.

 

View My Stats