Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Isnin, 22 Julai 2019

Lahad Datu 21 JUN 2019, Majlis Malam Apresiasi Peringkat Daerah Lahad Datu sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah bagi tahun 2019 telah berlangsung dengan
penuh warna warni. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Mistirine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Turut sama hadir memeriahkan 
majlis malam tersebut Yang Berhormat Tuan Assaffal Bin Panglima Alian Pembantu Menteri Kebudayaan ,Pelancongan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri N49 Tungku.


 

 

Majlis ini dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu yang diketuai oleh Tuan Alimin Bin Sarip selaku pengerusi MGBLD.

 
Pengerusi MGBLD Tuan Alimin Bin Sarip mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran Puan Pengarah Pendidikan ke Majlis Malam Apresiasi
bagi Daerah Lahad Datu yang julung kali diadakan seumpamanya bagi tujuan memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah, para pentadbir,
penolong kanan, guru -guru dan pelajar atas kejayaan dalam pelbagai bidang.. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
Tuan Zamri Bin Hj Pehakan yang mengucapkan syabas kepada MGB yang diterajui oleh En Alimin Bin Sarip kerana berjaya melaksanakan 
Majlis Malam Apresiasi, Tuan Pegawai Pendidikan juga mengucapkan syabas dan tahniah atas kesudian YB Assaffal atas kesudian hadir dan
sentiasa memberikan komitmen serta kerjasama yang padu bagi menyemarakkan perkembangan pendidikan khususnya sekolah sekolah yang terletak
di DUN N49 Tungku.
 

 
Majlis diteruskan dengan Ucap Utama oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Puan Mistirine Binti Radin dan mengucapkan syabas kepada
warga Pendidikan Daerah Lahad Datu khususnya barisan MGB Daerah Lahad Datu kerana berjaya melaksanakan Majlis Malam Apresiasi
yang memberi penganugerahan kepada guru sebanyak 48 kategori. Puan Pengarah juga memaklumkan bahawa slogan baharu bagi JPN Sabah
adalah " Sabah The Great, Say No To Number 16"
 


 

 

View My Stats