Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sabtu, 19 Oktober 2019

 

Sekitar sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2019 dan Pelancaran Papar SMART 2019-2021. Sambutan yang julung kali diadakan di Bongawan, turut menyaksikan sebuah kerjasama yang utuh antara PIBG dan PPD Papar. Sambutan yang dianjurkan bersama ini telah dirasmikan oleh Datuk Aidi Moktar (P.G.D.K, J.P.), Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Gimik Pelancaran Sambutan merupakan salah satu acara yang menarik perhatian hadirin. Gimik tersebut diilhamkan oleh SMK Kinarut, Papar bersama Pusat Kegiatan Guru Daerah Papar dan dibantu selia oleh UPMICT PPD Papar. Pada tahun ini, Tuan Haji Suhaimi Bin Haji Harun dan Tuan Haji Talib Bin Abdul Rahim telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Daerah Papar Bagi Tahun 2019. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Permuafakatan PIBG Daerah Papar yang telah bertungkus lumus menjayakan sambutan kali ini. Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2019 dan Pelancaran Papar SMART 2019-2021.

 

 

Ketibaan perasmi, Yang Berhormat Datuk Aidi Moktar (P.G.D.K, J.P.), Menteri UNdang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah disambut dengan iringan muzik oleh Kumpulan Gema Warisan, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Takis, Papar.

 

 

 

Bacaan doa dipimpin oelh Encik Ismail Bin Bidin, Guru Besar SK Belatik, Papar.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ucapan alu-aluan oleh Encik Suhaimi@Suhaini Bin Hj. Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

 

 

Ucaptama perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Aidi Moktar (P.G.D.K, J.P.), Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelancaran Lagu 'Papar SMART' oleh Koir Gabungan (Guru, Pelajar dan Ibu bapa) Daerah Papar

 

 

 

Bacaan Ikrar Hari Guru yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahamad Bin Jais, Pengerusi Permuafakatan Pengetua Daerah Papar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang Berhormat Datuk Aidi Moktar (P.G.D.K, J.P.), Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (tengah) bersama dengan Tokoh Guru Daerah Papar 2019 iaitu Tuan Haji Suhaimi Bin Haji Harun (duduk kiri) dan Tuan Haji Talib Bin Abdul Rahim (duduk kanan).

 

 

View My Stats