Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Isnin, 16 September 2019

Lahad Datu 27 Ogos 2019, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu telah melaksanakan Bengkel Perancangan Strategik untuk semua Pengetua dan Guru Besar
di daerah ini dengan kerjasama Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diterajui oleh Ketua Sektor Tn Aslie bin Sahat. Program ini bertujuan
mempertingkatkan kompetensi dalam membuat perancangan secara strategik dan berfokus di lokasi masing masing.
Disamping itu ianya dapat mengupayakan PGB dalam melaksanakan intervensi secara efektif.

Seramai 53 orang peserta hadir dalam bengkel ini yang terdiri dari Pengetua dan Guru Besar sekolah sekolah Daerah Lahad Datu.
Turut sama hadir Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti En Amiruddin Abdul Rashid, En Zamri Hj Pehakan Pegawai Pendidikan Daerah,
En Amir Kasan Ibnu Hassan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pengerusi PPSMS En Che Aziz Othman, Pengerusi MGB En Alimin
bin Sarip dan penolong penolong pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu.
 
Dalam ucaptama pembentangan Ketua Sektor Tn Aslie Bin Sahat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Daerah Lahad Datu
atas penganjuran Konferensi Pendidikan Abad ke 21 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 14 September 2019.
Fungsi sesebuah organisasi perlu difahami dan disebarkan secara total kepada semua lapisan staf agar lebih jelas hala tuju
dan perancangan yang hendak dilaksanakan. Beliau juga menyentuh tentang kepentingan berkreativiti dan berinovasi seperti
yang terkandung dalam cetusan Revolusi Industri 4.0.

 
Ketua Sektor bergambar kenangan dengan kumpulan bengkel.
 

 

 

 

 


 

View My Stats