Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Isnin, 16 September 2019

28.08.19, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Batu Batu 6 1/2 Segama dengan kerjasama Unit Kokurikulum SK Batu 6 1/2 Segama PIBG SK Batu 6 1/2 Segama telah mengadakan sambutan hari usahawan ppki peringkat sekolah. Program ini telah diadakan pada 28 Ogos 2019 yang lalu bertempat di SK Batu 6 1/2 Segama .

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid bekeperluan khas MBK untuk bersosial bersama masyarakat disamping memberi
ilmu kepada murid-murid tentang perniagaan .

Usaha ini selaras dengan hasrat warga PPKI di Daerah Lahad Datu dalam memperjuangkan nasib MBK serta merapatkan jurang antara murid tipikal
dan murid berkeperluan khas ini khususnya dalam layanan sosial mereka.
Dalam program pada kali ini, sebanyak tiga buah sekolah di Daerah Lahad Datu yang telah berkunjung ke SK Batu 6 1/2 Segama iaitu
SMK Desa Kencana , SMK Tungku dan SK Pekan Lahad Datu.
 
 Antara pengisian aktiviti sambutan hari usahawan ini ialah jualan gerai, pertandingan mewarna dan pertandingan mereka poster. Penolong Kanan Pentadbiran,
En Tajol bin Waydi mewakili guru besar En Ramlan bin Samion@Samihon dalam ucapan perasmian menyatakan hasratnya untuk menggalakkan 
sambutan seperti ini serta mengharapkan sambutan yang lebih meriah lagi pada tahun hadapan.
 
Manakala pengarah program Encik Mohamad Zulhilmi Hussin dalam ucapannya “Saya berharap agar kita semua akan sentiasa komited dalam
menyokong setiap program yang melibatkan MBK, disamping itu saya juga menyeru agar pihak di luar sana sama ada NGO atau bukan NGO
akan menyokong kami dalam memperjuangkan nasib MBK khususnya di Daerah Lahad Datu”.
 
 


SUMBANGAN BERITA
Oleh
Mohamad Zulhilmi Bin Hussin
Pengarah Program
SK Batu 6 1/2 Segama lahad Datu
View My Stats