Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sabtu, 19 Oktober 2019

13 September 2019, Majlis Bual Bicara Pendidikan Bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah YB.Datuk Dr. Hj Yusof Bin Hj Yacob serta Ybhg Dr Mistirine
Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah yang berlangsung di Golden Velvet Saujana Ballroom Lahad Datu. Majlis tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh
Majlis Guru Besar yang di terajui oleh Pengerusi MGB En Alimin Bin Sarip yang bertindak secara langsung sebagai moderator majlis.


Majlis ini turut dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar serta pegawai pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dan Pengerusi PIBK
Daerah Lahad Datu.
Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu En Zamri Bin Hj Pehakan dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Yang Berhormat Menteri atas kesudian hadir menjayakan Majlis Bual Bicara dan secara langsung merasmikan Konferensi Pendidikan
Abad Ke 21 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung esok 14 September di Dewan Plasma MPOB Lahad Datu. Pegawai juga mengalu alukan
kehadiran Ybhg Dr Mistirine Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah yang turut serta menjayakan majlis.

 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

 




 

View My Stats