Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sabtu, 19 Oktober 2019


14 September 2019, Konferensi Pendidikan Abad Ke 21 Peringkat Kebangsaan 2019 telah berlangsung di Dewan Plasma MPOB Lahad Datu.
Konferensi ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Hj Yusof Bin Hj Yacob Menteri Pelajaran Dan Inovasi Negeri Sabah.

Dalam ucaptama YB Menteri menekankan adalah menjadi satu keperluan kepada warga pendidik bagi memartabatkan pendidikan negara
di mata dunia. " Guru mesti ada transformasi minda dan berkeinginan untuk belajar kemahiran kemahiran berivovasi, beradaptasi,
critical thinking, berkolaborasi untuk dapatkan hasil yang baik" YB Menteri juga memaklumkan bahawa kerajaan China bercadang 
menubuhkan Universiti di Sabah yang berteraskan teknologi 5.0.
 

 
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Ybhg Dr Mistirine Binti Radin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri atas kesudian hadir bersama 
dalam majlis ini yang juga dianggap sebagai bapa pendidikan Negeri Sabah. Sekalung tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu
atas penganjuran majlis dan Sektor Psikologi Dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas usaha menjayakan Konferensi Pendidikan
Abad Ke 21 Peringkat Kebangsaan.

 
Dr Pengarah Pendidikan juga menyatakan adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan kreativiti dan inovasi 
dikalangan pendidik untuk mahir Teknologi Maklumat Dan Komunikasi , ICT Rich Environment, agar boleh menjadi agen perubahan
yang dinamik dan komprehensif.
 
Majlis ini diteruskan dengan pembentangan Keynote Speaker Puan Normazwin Binti Yahya Setuasaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan 
Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia. dan diikuti oleh Guru Inovatif Antarabangsa En Sirhajwan Bin Idek yang merupakan
Pensyarah Kolej Vokasional Keningau Sabah.


 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
YB Menteri dan Dr Pengarah melawat booth pameran para pembentang.


 
Majlis Penutupan Konferensi Pendidikan Abad Ke 21 telah disempurnakan oleh Ybhg Dr mistirine Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
Terdahulu dari itu, Pegawai Pendidikan Daerah En Zamri Bin Hj Pehakan mengharapkan perkongsian amalan terbaik dan kajian bermutu yang telah dibentangkan
dapat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. " Pengalaman kajian tindakan dan perkongsian amalan terbaik ini perlu dititikberatkan oleh setip warga pendidik agar konsep pengajaran dan pembelajaran sentiasa selari dengan perkembangan arus semasa"  Pegawai mengucapkan jutaan terima kasih kepada JPN Sabah
khususnya Dr Pengarah kerana telah memberi kelulusan kepada program ini., Jutaan terima kasih juga kepada Tuan Hj Madalie Hj Basri Ketua Sektor
Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Sabah atas kerjasama dan bimbingan yang diberikan. juga terima kasih kepada Timbalan Pengarah, Ketua ketua sektor, PPD dan wakil PPD atas kehadiran menyokong program yang dilaksanakan samada dari negeri Sabah mahupun dari Semenanjung Malaysia.



Ybhg Dr Mistirine Binti Radin ( Pengarah Pendidikan Negeri Sabah ) mengabadikan gambar kenangan bersama para pembentang.










 

View My Stats