Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Selasa, 19 November 2019

9 Oktober 2019, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu telah melaksanakan bengkel latihan kepada jurulatih sekolah sekolah sebagai 
admin GC yang bertempat di bilik gerakan Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II, Lahad Datu.
Seramai 54 Peserta Admin dari semua sekolah rendah dan menengah serta Pegawai Sisc+ TVET turut menyertai bengkel ini.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Digital Learning dan Pembelajaran Abad Ke 21, bagi menggantikan Virtual Learning Environment
(VLE) di sekolah sekolah yang telah tamat pada 31 Julai 2019.
 

Bengkel ini memberi pendedahan kepada admin GC sekolah bagi mengurus dan menjana ID Guru dan murid serta bertindak sebagai fasilitator
diperingkat sekolah. Selain itu dalam siri kali ini semua peserta didedahkan dengan mewujudkan kelas secara maya yang mana guru
dan murid berinteraksi secara maya dan melaksanakan PDP dgn lebih menarik seperti Kuiz, Buku Teks Digital , E-Perpustakaan, meeting online,
e kalendar/takwim dan sebagainya.
 
 

 

 

 

View My Stats