Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Selasa, 19 November 2019

 

 

TARIKH: 1-2.10.2019

TEMPAT: PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SABAH

SEKOLAH: 1. SK KEBAGU, KOTA KINABALU

             2. SK KOKOL, KOTA KINABALU

 

 

Seramai 49 orang kakitangan daripada sekolah yang terlibat (SK Kebagu dan SK Kokol) telah menjalani program pembinaan pasukan selama sehari 2 malam di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah. Program disasarkan bagi membina kekuatan semangat berpasukan dan kerjasama diantara kakitangan sekolah disamping mewujudkan perkongsian pintar antara kedua-dua sekolah dari segi pentadbiran, pembelajaran dan teknik penyelesaian masalah berkesan melalui program yang dijalankan. Guru Besar SK Kebagu, Tuan Mazlan Osman menyifatkan program pembinaan pasukan sangat penting dalam era globalisasi yang memerlukan kemahiran dan kepakaran yang pelbagai dalam merangka, menilai dan menyelesaikan sebarang cabaran yang bakal timbul. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program pembinaan pasukan (teambuilding) adalah pecah bendungan (ice breaking), senam robik, permainan inisiatif, kerubung terbang, rafting, tubing serta keyakinan dan keselamatan di air.

 

 

 

 

 

View My Stats