17 November 2019, Dalam siri jelajah Pengarah Pendidikan Negeri Sabah kali ini telah menjadikan Daerah Lahad Datu sekali lagi
menjadi tumpuan dan perhatian pengurusan tertinggi di peringkat JPN Sabah. Seramai 15 Orang Pegawai dari JPN turut hadir yang diketuai oleh
Ybhg Dr Mistirine Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Tn Zaini Bin Yanin Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah dan
beberapa KPPK, KPP serta Penolong Pengarah dari pelbagai Sektor JPN Sabah.Majlis ini berlangsung di Golden Velvet Ballroom Harbour Town.
Majlis ini turut dihadiri oleh semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Lahad Datu.