Berita & Aktiviti
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 22 September 2017

 

 

   

 

Pada 30 November 2016 lalu, Sektor Psikologi dan Kaunseling telah mengadakan satu mesyuarat tahunan; Mesyuarat Pengurusan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bil.2/2016 bertempat di SJK (C) St James, Likas Kota Kinabalu. Mesyuarat telah dihadiri oleh 9 orang Penyelaras Psikologi Sektor, 1 orang Penyelaras Psikologi BTPN dan 24 orang Kaunselor Organisasi Daerah (KOD) dari semua PPD. Mesyuarat ini telah dipengerusi oleh YBhg. Datuk Dr Haji Mohd. Kassim bin Haji Mohd Ibrahim, Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan diurusetia oleh Tuan Haji Madaile bin Haji Basri Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling selaku Ketua urus setia dan staf SPsK.

 

Mesyuarat ini adalah platform bagi membincangkan isu-isu terkini berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di setiap Sektor dan PPD seterusnya melaporkan aktiviti atau program yang telah dilaksanakan di peringkat Sektor dan PPD sepanjang Januari sehingga Disember Tahun 2016. Dalam mesyuarat ini juga telah berlaku sesi perkongsian ilmu di mana satu pembentangan berkaitan dengan pegangan teori psikologi iaitu Choice Theory Reality Therapy (CTRT). Teori ini adalah salah satu saranan pegangan teori kepada Kaunselor Organisasi dari Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) untuk Kursus Psynova-iBMT di setiap daerah di Negeri Sabah.

 

Mesyuarat ditunda dan diakhiri dengan penyampaian Sijil Penyelaras AKRAB terbaik dan Piala JPN AKRAB terbaik yang telah dimenangi semasa Seminar Hari Psikologi dan Kaunseling peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr Haji Mohd. Kassim bin Haji Mohd Ibrahim, Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan diiringi Tuan Haji Madaile bin Haji Basri Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling.

View My Stats