Berita & Aktiviti

Ahad, 28 Mei 2017

Lahad Datu, Sekolah Kebangsaan Sepagaya melakarkan sejarah bagi Sekolah Rendah yang pertama melancarkan amalan EKSA (EKO SISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM) di daerah ini. 
 

Dalam ucap mula oleh Puan Yatimah Mohammad (Guru Besar ) mengucapkan setinggi penghargaan kepada bahagian pengurusan EKSA Daerah yang di ketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah En Zamri Pehakan atas pemilihan sekolah kebangsaan Sepagaya sebagai pelopor melaksanakan Amalan EKSA secara menyeluruh. Pelaksanaan EKSA akan dapat membantu Konsep Sedap Mata Memandang dan Konsep Mudah Capai dalam semua hal berkait dengan pengurusan pentadbiran.  Syabas dan tahniah kepada semua AJK EKSA dan semua warga Guru, AKP Serta PIBG yang terlibat sama hadir dan menjayakan Majlis Pelancaran Amalan EKSA SK Sepagaya bagi tahun 2017.
 
Gambar Guru-guru , AKP dan AJK PIBG yang turut hadir dalam majlis pelancaran.

 

 
Majlis Pelancaran Amalan EKSA ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Encik Zamri Bin Pehakan pada 4 Februari di dewan terbuka SK Sepagaya dengan sempurna. Beliau memaklumkan bahawa amalan EKSA yang telah menggantikan 5S telah diguna pakai untuk semua jabatan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri di seluruh negara. Elemen elemen penjimatan yang terdapat dalam EKSA  amat sesuai dan tepat pada  masanya sejajar dengan arahan arahan yang dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi di Kementerian Pendidikan dan khususnya dari Datuk Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.  Selain dari itu EKSA bukan sahaja tertumpu pada konsep susun  sisih sapu seragam dan sentiasa amal, ianya mempunya nilai nilai implisit yang secara langsung menjadikan kita sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam lebih cakna perkhidmatan dan bertanggungjawab. Keselamatan juga merupakan elemen penting yang harus kita utamakan dalam merealisasikan pelaksaan EKSA dimana mana jabatan, institusi dan sebagainya.
 
Paluan Gong oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu.

 

 
Lawatan ke bilik bilik khas yang kelihatan kemas bersih teratur mematuhi piawaian EKSA

 

View My Stats