Berita & Aktiviti
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 18 Ogos 2017

 

 

 

   

   

 Pelancaran Perluasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke sekolah-sekolah telah dilaksanakan di PPD Angkat bagi Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah iaitu PPD Kuala Penyu. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Madaile bin Haji Basri, Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling pada 7 Februari 2017 di PPD Kuala Penyu. Dalam pelancaran tersebut, 2 buah sekolah telah dipilih oleh PPD Kuala Penyu antara sekolah rintis atau benchmarking kepada sekolah-sekolah yang lain dalam daerah Kuala Penyu iaitu SMK Kuala Penyu dan SK Janang, Kuala Penyu. Sekolah ini mempunyai ciri-ciri kelas darjah pembelajaran abad ke-21 dan memenuhi standard yang dihendaki oleh EKSA daripada pihak MAMPU.

 

 

 

View My Stats