Berita & Aktiviti

Isnin, 29 Mei 2017

PPD KENINGAU - Program Penghayatan Guru Aktif Pembina Negara Bangsa anjuran PPD Keningau bersama PeWanis Daerah Keningau telah selesai berlangsung pada 06 April 2017 di SMK Gunsanad, Keningau. Program ini adalah lanjutan kepada Pelancaran Promosi Guru Aktif 1Malaysia yang telah diadakan tahun 2016. Program ini telah dirancang dan dikelolakan oleh Biro Pendidikan PeWanis Daerah Keningau yang diketuai oleh Pn Jemira Ekong, Pengetua SMK Gunsanad. Golongan sasar adalah guru-guru wanita 40 tahun ke atas yang juga merupakan ahli PeWanis Daerah Keningau. Sejumlah sekitar 100 orang peserta telah menghadiri program ini yang terpilih daripada beberapa buah sekolah menengah daerah Keningau.

 

Program ini telah dirasmikan oleh En Masly Wahip, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau. Antara pengsian yang dibuat adalah ceramah Penghayatan Guru Aktif Pembina Negara Bangsa yang bertemakan Integriti disampaikan oleh Tuan Junaidi Yunus, Ketua Unit Aduan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.Program dilihat sangat berjaya dan berhasil menyuntik semula semangat kepada guru-guru wanita agar sentiasa peka kepada kepentingan integriti demi menjaga nama baik perkhidmatan dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah.Majlis selesai sepenuhnya sekitar jam 1.00 petang.

Duduk dari kiri: Sabdin (PK Petang SMKG), Jalim Haris (PK Kokum SMKAA), Sailin (PK1 SMKG), Jaulis (KU UPS PPDK), Junaidi (JPNS), Jamilah (TPPD), Jemira (Pengetua SMKG), Ng Choi Kim (S/U Program SMKG), Jebin ( UPS PPDK). Bergambar bersama peserta yang hadir.

Tn. Junaidi Yunus, Ketua Unit Aduan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sedang giat menyampaikan ceramah bertemakan Integriti dalam perkhidmatan guru.

Puan Jemira Ekong, Pengetua SMK Gunsanad merangkap Ketua Biro Pendidikan Pewanis Daerah Keningau selaku pengelola program

Para peserta program terdiri daripada ahli Pewanis Daerah Keningau. Turut serta guru lelaki yang telah dipilih.

View My Stats