Berita & Aktiviti

Isnin, 29 Mei 2017

 

 

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam (KASPA) Peringkat Zon Tenggara 2017 telah dilaksanakan di SMK Pasir Putih Tawau pada

18 hingga 19 April 2017. 

Perkhemahan ini melibatkan 11 buah sekolah dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Hadi Bin Hj Karim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau.
Acara yang dipertandingkan adalah seperti Kawad Kaki, Melawan Kebakaran, Menyelamat dan Pertolongan Cemas.
Sekolah-sekolah yang telah menyertai perkhemahan ini ialah SMK Kalabakan, SMK Merotai Besar, SM St. Patrick, SMK Pasir Putih, SMK Tawau, SMK Tawau II, SMK Titingan, SMK Wakuba, SMK Balung, SMK Jalan Apas, Dan SMK Madai.
 
View My Stats