Berita & Aktiviti
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Ahad, 22 Oktober 2017

ASSALAMUALAIKUM, Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia dan Salam JPN Sabah No. 1 Menerajui Perubahan.

 

Sektor Pendidikan Islam telah melaksanakan Penempatan Pegawai perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG 41 Bagi Sekolah Menengah Bil. 4 tahun 2017.

Taklimat berkaitan penempatan ini dikendalikan oleh Encik Suffian Bin Jasimani, Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama manakala taklimat berkaitan perkhidmatan pula dikendalikan oleh Puan Saripah Binti Suadi, Pegawai Eksekutif Unit Perkhidmatan, SKPP, Jab. Pendidikan Negeri Sabah.

 

Penempatan ini melibatkan seramai 17 orang guru pelbagai opsyen yang akan mengisi keperluan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di negeri Sabah. 

 

Penyerahan Surat Penempatan telah disempurnakan oleh Puan DK Siti Zainab Binti Pg Tengah, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam.

 

Berikut adalah gambar-gambar ketika pelaksanaan penempatan tersebut.

 

View My Stats