Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sabtu, 16 Disember 2017

Keningau – Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Keningau sekali lagi berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum untuk sekolah-sekolah daerah Keningau bagi kali ke-10. Majlis ini telah berlangsung pada 09 Mei 2017 di Dewan SM Ken Hwa, Keningau.

 

Seramai satu ribu jemputan telah memeriahkan majlis yang terdiri daripada pengetua, guru besar, penolong kanan kokum, jurulatih kokum dan para pelajar. Turut hadir beberapa orang murid dari Rumah Anak Yatim Tambunan.

 

Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Jake Jikulin Nointin  (JP), Exco Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) merangkap Ketua Bahagian PBS N.34 Liawan. Ybhg Datuk Jake dalam siri ucapan perasmian mengingatkan kepada semua pelajar agar terus bergiat cemerlang dalam aktiviti kokum yang turut menjadi salah satu penilaian kemanjadian murid. Terdahulu dalam ucapan alu-aluan En Masly Wahip Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, telah memaparkan siri beberapa kejayaan dan sumbangan murid dalam kokum seperti olahraga, silat, hoki dan bola sepak sehingga ke  peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Pegawai Cemerlang En Delsum Salus Abdullah selaku pegawai meja Unit Kokum PPD Keningau dilihat telah berjaya menganjurkan beberapa siri program yang melibatkan murid, guru dengan kerjasama agensi-agensi luar. Program RIMUP contohnya telah dicatat dalam Book Of Rekod Malaysia kerana penyertaan yang melebihi 5000 orang. En Delsum berazam menyempurnakan program besar dalam aktiviti Kokum sebelum mengakhiri perkhidmatan menjelang Julai 2017 kerana bersara wajib.

 

 

 

 

  

 

 

En Deslum Salus Abdullah, Pegawai Cemerlang Unit Ko-Kurikulum PPD Keningau

 

  

View My Stats