Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sabtu, 16 Disember 2017

Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bil.4 / 2017 telah diadakan pada 14 November 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10 Wisma JPN Sabah. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datuk ZHajah Maimunah binti Hajhi Suhaibul, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Kassim bin Haji Mohd Ibrahim, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Ahli mesyuarat terdiri daripada semua Ketua Sektor, Ketua Nazir Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Ketua Audit Sekolah, Ketua Audit Dalam, Pegawai Pendidikan Daerah seluruh negeri Sabah dan Ketua-ketua Penolong Pengarah.

YBhg. Datuk Pengarah menekankan amanat YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, KPPM Baharu kepada semua ahli mesyuarat dengan mengharapkan Sabah merupakan negeri yang pertama mendepani gagasan KPPM baharu selaras dengan slogan JPN Sabah No.1 Menerajui Perubahan.

 

View My Stats