Home

Sabtu, 25 Mac 2017

Untuk Perhatian :

 

1.      Ketua Sektor,

         Sektor Jaminan Kualiti,

         Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 

2.      Pegawai Pendidikan Daerah,

         Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

 

3.      Pegawai SIPartners+,

         Penyelaras PRIme,

         Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

 

4.      Guru Besar,

         SK Perdana, Tawau

 

5.      Guru Besar,

         SK Ladang Tiger, Tawau

 

6.      Encik Mohd Ekbal bin Hj Khalid,

         Penolong Kanan Kokurikulum,

         SK Batu Payung, Tawau

 

7.      Encik Mail bin Musah,

         Penolong Kanan Kokurikulum,

         SK Tanjung Batu Keramat, Tawau

 

 

TAKLIMAT PROGRAM PRIme (RESIDENSI) GURU BESAR NEGERI SABAH TAHUN 2017

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek, Nilai akan mengadakan taklimat seperti di atas seperti ketetapan berikut :

 

Program : PRIme (RESIDENSI) Guru Besar Negeri Sabah Tahun 2017 

Tarikh : 9 Februari 2017 (Khamis)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Tanjung Batu Keramat, Tawau

 

3.         Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput untuk menghadiri taklimat berkenaan. Bersama ini dilampirkan Senarai Nama Peserta (Lampiran A) untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

 

4.         Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Zairi bin Zainal Abidin, Pengurus Taklimat di talian 013-6318275 / e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kerjasama dan keprihatinan daripada tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

View My Stats