Informasi ICT
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 17 Oktober 2017

KEAHLIAN JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) JPN SABAH

PENGERUSI :

Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 

AHLI

Ketua-Ketua Sektor, JPN Sabah 

Pegawai Pendidikan Daerah,

     Pejabat Pendidikan Daerah

 Ketua Penolong Pengarah,

     BahagianTeknologi PendidikanNegeri

 Ketua Audit Sekolah, Pejabat Audit Sekolah Sabah   

 

URUSETIA :

Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, JPN Sabah

 

TAKWIM MESYUARAT

 

 

BIL

TAJUK MESYUARAT

CADANGAN TARIKH

TARIKH

PELAKSANAAN

1

MESYUARATJAWATANKUASA PEMANDU ICT KHAS(JPICT) BIL.1/2017

20 FEBRUARI 2017

20 FEBRUARI 2017

2

 

MESYUARATJAWATANKUASA PEMANDU ICT KHAS(JPICT) BIL.2/2017

19 JUN 2017

08 MEI 2017

3

 

MESYUARATJAWATANKUASA PEMANDU ICT KHAS(JPICT) BIL.3/2017

21 OGOS 2017

 

4

 

MESYUARATJAWATANKUASA PEMANDU ICT KHAS(JPICT) BIL.4/2017

23 OKTOBER 2017

 

5

 

MESYUARATJAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) BIL.1/2017

18 APRIL 2017

 

6

 

MESYUARATJAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) BIL.2/2017

5 DISEMBER 2017

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Catatan :

Semua Dokumen Permohonan Kelulusan Teknikal Perolehan ICT yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada urusetia JKICT, JPN Sabah selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum mesyuarat JKICT diadakan. 

 

PERANAN UTAMA

  

  1. Menyelaras hala tuju dan strategi pelaksanaan  ICT;
  2. Mengenalpasti dan mencadangkan sumber - sumber ICT;
  3. Menyelaras memantau dan menyeragam pelaksaan program/projek-projek ICT serta mempertimbangkan kelulusan teknikal perolehan ICT;
  4. Mempertimbangkan kelulusan teknikal perolehan ICT di peringkat Jabatan/ Agensi dan Badan Berkanun masing-masing dengan had nilai yang dibenarkan.

 

BIDANG RUJUKAN JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) JABATAN

 

  1. Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pelaksanaan ICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing;
  2. Merancang, mengenal pasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan arah tuju/strategi ICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing ;
  3. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program/projek-projek ICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing;
  4. Menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan ICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing agar selari dengan Pelan Strategik ICT Kementerian dan Pelan Strategik ICT Sektor Awam;
  5. Meluluskan projek ICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan mengikut had kelulusan yang ditetapkan;
  6. Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan ICT;
  7. Merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing;
  8. Mengemukakan perolehan ICT yang telah diluluskan di peringkat JPICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing kepada JPICT Kementerian untuk kelulusan; dan
  9. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT Jabatan/Agensi/Badan Berkanun masing-masing yang telah diluluskan oleh JTICT kepada JPICT Kementerian mengikut tempoh-tempoh yang telah ditetapkan.

 

BIDANG KUASA MELULUS PEROLEHAN ICT 

 

JPICT Jabatan

Nilai Perolehan Sehingga RM 50,000.00 Bagi Nilai Perolehan melebihi RM 50,000.00, JPICT Jabatan akan membuat perakuan untuk pertimbangan kelulusan JPICT KPM

 

 

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL  PEROLEHAN ICT SEKOLAH      

 

Borang JPICT  versi DOC

Muat Turun

Saiz Fail 281 KB

Borang JPICT versi PDF  

Muat Turun

Saiz Fail  281 KB

Carta Aliran Permohonan Perolehan Peralatan ICT Sekolah      

Muat Turun

Saiz Fail   22 KB

    

 

 

SKOP INISIATIF YANG MEMERLUKAN KELULUSAN TEKNIKAL

 

INISIATIF BARU

 

(i) Pembangunan sistem aplikasi

Sistem aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan perisian pembangunan atau pun pakej sedia ada (off-the-shelf) untuk kegunaan tertentu dan seumpamanya (contoh: Sistem Perakaunan, Sistem Personel, Sistem Pengurusan Inventori).

 

(ii) Perkakasan komputer

Semua jenis alat-alat input atau output (contoh: pencetak, pengimbas), pemprosesan, storan data, peralatan rangkaian dan multimedia (contoh: persidangan video (video conferencing)) kecuali alat-alat seperti komponen alat ganti, barang pakai habis (consumable item), aksesori dan perabot komputer.

 

(iii) Perisian komputer

Semua jenis perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian sistem merangkumi sistem operasi, pangkalan data dan perisian bagi membangunkan sistem. Perisian aplikasi atau automasi pejabat adalah yang digunakan untuk menyokong kerja-kerja harian.

 

(iv)  Perkhidmatan ICT

Semua jenis perkhidmatan teknikal yang diperoleh daripada syarikat perunding swasta, kontraktor dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Di antara contoh-contoh perkhidmatan teknikal ialah:

• pembangunan sistem

• pemasangan sistem

• infrastruktur rangkaian

• talian Internet

web hosting

• kemasukan data

• pemindahan data

• migrasi sistem pemulihan data

 

• langganan maklumat dalam talian dan seumpamanya.

 

PENINGKATAN SISTEM

 

Mempertingkatkan keupayaan perkakasan, perisian, rangkaian, aplikasi atau perkhidmatan ICT. Contoh adalah seperti peningkatan  perkakasan dari segi konfigurasi dan kapasiti, pengemaskinian fungsi-fungsi di dalam sistem ICT sedia ada kepada tahap yang lebih baik, peningkatan saiz jalur lebar (bandwidth) serta peluasan rangkaian, pertambahan skop perkhidmatan sedia ada kepada yang lebih baik dan seumpamanya

 

 PERTAMBAHAN PERALATAN

 

Menambahkan bilangan bagi mana-mana perkara di bawah kategori perkakasan, perisian atau rangkaian bagi inisiatif ICT sedia ada.

 

PERLUASAN SISTEM

 

Memperkembangkan pelaksanaan inisiatif ICT daripada lokasi sedia ada ke lokasilokasi lain atau dengan menambah bilangan pengguna di lokasi yang sama atau pun kedua-duanya sekali.

 

 

KONTRAK BERMASA PEMBEKAL PERALATAN ICT

 

Kontrak Bermasa Pembekal Peralatan ICT bagi Zon : 11 (Sabah & Labuan)  iaitu syarikat Inteksoft Sdn Bhd TELAH TAMAT pada 1 Februari 2015. Setakat ini belum ada pemakluman mengenai pelantikan syarikat pembekal peralatan ICT yang baru.

 

 

URUSETIA JPICT JABATAN

 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada

Urusetia JPICT ke alamat berikut:

 

Ketua Sektor,

Sektor Pengurusan Maklumat & ICT,

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,

Aras 7, Wisma Pendidikan, Jalan Punat Tanah, Likas

( u.p : Urusetia JPICT, JPN Sabah)

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Pegawai Meja seperti berikut:

 

Encik Sonny Tatim

Penolong Pegawai Kanan Teknologi Maklumat (F38)

088- 537 010 ext 7446

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat

 

 

 

View My Stats