Sifar Cicir Sabah

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sabtu, 19 Oktober 2019

 

 

 

Mengikut peraturan pendidikan wajib yang terkandung dalam Akta Pendidikan Pindaan (2002) semua kanak-kanak wajib mendapatkan pendidikan di sekolah rendah sekurang-kurang selama enam tahun.  Disebabkan itu, kerajaan mahu mengkaji semula akta yang sedia ada untuk mewajibkan pelajar ini menamatkan persekolahan sehingga Tingkatan Lima. Perkara ini wajar dipertimbangkan, memandangkan masih lagi terdapat segelintir ibu bapa yang memandang rendah mengenai pendidikan anak-anak. Kita tidak mahu jumlah pelajar yang tercicir daripada sekolah meningkat saban tahun. Justeru itu, program Sifar Murid Cicir ini bukan sahaja terletak di bawah tanggungjawab KPM, PPD dan pihak sekolah sepenuhnya, bahkan masyarakat di sekeliling juga perlu mengamalkan konsep ‘ambil tahu hal orang lain’ supaya masalah-masalah seperti ini mempunyai jalan penyelesaiannya. Pendidikan dapat membentuk generasi muda untuk mempunyai masa depan yang baik, dan berakhlak serta mempunyai sahsiah serta moral yang tinggi.

 

PROGRAM SIFAR CICIR SABAH ( OPSCIS ) 

 

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga mengambil peduli perkara ini, memandangkan Sabah adalah antara negeri yang mencatat kadar keciciran membimbangkan.

Justeru, Program SIFAR CICIR SABAH ( OPSCIS ) dirangka khas untuk menangani isu keciciran di negeri Sabah. 

View My Stats