Peta Lokasi

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Khamis, 23 November 2017

 

 

  • Negeri Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi. Keluasan tersebut hampir menyamai 9 buah negeri termasuk dua buah Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia dengan keluasan keseluruhan 73,711 km persegi. Dengan kedudukan geografinya yang luas, berbukit bukau, berpulau, dan bersungai, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan dalam usahanya untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid di negeri ini.
  • Jabatan Pendidikan Negeri Sabah merupakan organisasi perkhidmatan pengurusan pendidikan. Perkhidmatan pengurusan pendidikan berkenaan dilaksanakan oleh sepuluh(10) Sektor dan dua puluh empat(24) Pejabat Pendidikan Daerah(PPD). Disamping itu, tiga (3) bahagian yang lain yang berkaitan, iaitu Bahagian Audit Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah, dan Bahagian Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri.
  • Bagi memastikan Misi dan Visi Jabatan tercapai, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) dan Smart Action For Golden Achiement (SAGA ).Ini adalah memastikan perkembangan pendidikan di negeri Sabah ini selari dengan perkembangan pendidikan di negeri-negeri yang lain.
View My Stats