Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Isnin, 21 Ogos 2017

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PENYU

PETI SURAT 24

89747 KUALA PENYU

SABAH

 

TEL: 087-884130  FAX: 087-884310

EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH:

MUHID BIN HJ. MISRIN

 

TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH:

FADLIEZAN BIN TINGAN

 

CARTA ORGANISASI

 

 

VISI

 

Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan Unggul.

 

 

 

MISI

 

Membangun potensi individu menerusi pendidikan berkualiti untuk melahirkan modal insan unggul.

 

 

 

OBJEKTIF


 *Sentiasa memastikan sistem pengurusan pendidikan berjalan dengan baik dan lancar bagi memenuhi kehendak individu,keluarga,masyarakat dan negara.

*Menentukan setiap pegawai.pengetua,guru besar,guru-guru dan staf sokongan pendidikan daerah Kuala Penyu sentiasa berkhidmat dengan berdisiplin,bersih,cekap,amanah dan berkesan.

*Memastikan dan mentukaan setiap warga pendidik berkhidmat di sekolah dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan cemerlang,berinovasi dan berkesan.

*Memastikan semua pelajar dan kanak-kanak mendapat tempat untuk belajar disemua sekolah menengah dan rendah dalam daerah Kuala Penyu.

*Memastikan dan menentukan semua dan rayuan dapat diselesaikan dengan cepat,cekap, memuaskan dan berkesan.

*Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat,cadangan dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi pengurusan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN


 

Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu dengan penuh iltizam  dan keyakinan bekerja secara berpasukan untuk bersama membina kecemerlangan dalam aspek-aspek pengurusan yang berikut:

 

1.    Kelengkapan kerusi meja yang mencukupi untuk  murid di hari pertama awal tahun persekolahan setiap tahun .

 

2.    Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti serta swasta secara meluas di samping menyuntik kesedaran yang lebih tinggi kepada kumpulan ini dalam penglibatan mereka menjayakan program kecemerlangan anak-anak di sekolah.

 

3.    Membantu, mengaplikasikan serta memastikan semua aktiviti kurikukulum dan kokurikulum di sekolah  dilaksanakan  mengikut arahan pekeliling demi melahirkan murid-murid yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Akta Pendidikan.

 

4.    Pertukaran serta penempatan guru dilakukan berdasarkan keperluan semasa dan dengan bertujuan memberi kesan/impak kelebihan kepada murid mahupun pelajar sekolah-sekolah berkenaan.

 

5.    Peperiksaan awam di sekolah-sekolah daerah Kuala Penyu dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan berintegriti .

 

6.    Penghantaran dan penerimaan data yang melibatkan pihak ibubapa,orang awam,guru,sekolah dan Pejabat Pendidikan daerah Kuala Penyu mesti bersifat telur,jujur,amanah dan sahih.

 

7.    Memberikan komitmen yang tinggi untuk menyokong semua Dasar Kerajaan, dasar Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri sebagai agen perubahan dalam membantu merealisasikan  aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) dan membawa konsep 1 Malaysia ke arah Malaysia sebuah negara maju di tahun 2020.

 

8.    Membina strategi bersama untuk membangunkan setinggi kebolehan dalam kemenjadian murid melalui penguasaan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, KBAT, I-Think, TIMSS dan PISA.

 

                        ***Definisi ILTIZAM: Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu @ komitmen.

 

 

 
SLOGAN
"KUALA PENYU LEADS"

 

FUNGSI

 

* Menyelaras dan melaksanakan program pembangunan pendidikan di peringkat daerah.

*Memberi perkhidmatan dan kepimpinan ikhtisas kepada guru-guru.

  * Menjalankan kajian dan penilaian serta menyediakan laporan menyeluruh yang berterusan terhadap pelaksanaan program pendidikan di peringkat daerah.

*Melaksanakan program kemajuan staf untuk warga pendidik dan staf sokongan.

*Mempastikan pengurusan kewangan dan pentadbiran sekolah dikendalikan dengan baik dan teratur mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

 

 

 

 
View My Stats