Pejabat Pendidikan Daerah Kunak

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Selasa, 19 November 2019

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUNAK

PETI SURAT 52, 91207 KUNAK

TEL : 089-851003 / 851276 FAKS: 089-851930 EMEL : ppd.kunak[at]moe.gov.my

 

 

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

GRED DG52

 

ABU SAMAH BIN A. BAKAR

 

SAPIAH BINTI WONG @ ABDUL ONG (DG52)

(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUNAK)

 

CARTA ORGANISASI

  

CARTA ORGANISASI PPD KUNAK 2019

 

Carta Organisasi-002

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

 

MOTO

"Salam PPD Kunak Terus Unggul Di Negeri Sabah"

 PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Sentiasa bersedia untuk membantu & memberi layanan mesra dan cekap.
  2. Mengurus dan mempastikan murid/pelajar mendapat tempat belajar di sekolah.
  3. Bersedia sedaya upaya menyelesaikan semua tuntutan kewangan warga pendidik & staf sokongan.
  4. Memantau semua sekolah daerah Kunak sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan untuk mempastikan sekolah diurus dengan cekap & berkesan.
  5. Mempastikan program pendidikan KPM & JPN Sabah dapat dilaksanakan dengan sempurna & mengikut jadual.

 

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Kandungan sedang dikemaskini.

FUNGSI DAN OBJEKTIF PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUNAK

1.Mewakili Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat daerah.
2. Melahirkan bangsa Malaysia taat setia dan bersepadu.
3. Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran dan perbelanjaan di peringkat sekolah.
4. Merancang dan melaksanakan program ikhtisas, bagi meningkatkan kecekapan staf.
5. Mengendali, mengurus dan mengawal keperluan dan perbelanjaan tahunan bagi sekolah sekolah.
6. Mengawal disiplin, tatatertib dan etika kerja penyelia, pengetua, guru besar, guru-guru dan anggota kumpulan sokongan.
7. Merancang dan melaksanakan program pembangunan fizikal, sosial, kemanusian dan kerohanian di peringkat daerah.
8. Mengurus dan mentadbir perkhidmatan dan kebajikan guru-guru dan staf bukan guru.
9. Membudayakan Pengurusan Pentadbiran, Kepimpinan Cemerlang di setiap sekolah
10. Menjalinkan permuafakatan dan perkongsian dengan pelbagai pihak di peringkat tempatan bagi kemajuan pendidikan di peringat Daerah.

 

 SEJARAH / LATAR BELAKANG

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kunak pada asalnya dikenali dengan nama Pejabat Pelajaran Daerah Kunak mula beroperasi pada tahun 1986 yang menumpang bangunan di Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Pekan Kunak (sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kunak I). Pada tahun 1988 Bangunan sementara PDD Kunak berpindah di tapak seluas 1 ekar di Kawasan Pekan Kunak. Bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kunak telah di naik taraf dan digunapakai sehingga hari ini.

Pada awalnya, PPD Kunak diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gabungan Lahad Datu. Namun, bermula pada Januari tahun 2009 penstrukturan semula Pejabat Pelajaran Daerah telah berlaku ini menyebabkan PPD Kunak berdiri sendiri sebagai organisasi yang di tadbir urus oleh Pegawai Gred DG48. Bagi negeri Sabah penstrukturan daerah ini menjadikan hanya 24 daerah yang wujud dan PPD Kunak sebahagian daripadanya.

Melalui Penstrukturan Semula Pejabat Pendidikan Daerah Kunak yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2019, Pejabat Pendidikan Daerah Kunak kini ditadbir oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah bergred DG52, dibantu oleh 4 orang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dengan jumlah keseluruhan 30 staf PPP dan 23 staf AKP.  

 

 
 
 
 
 
View My Stats