Pejabat Pendidikan Daerah Kunak

Ahad, 28 Mei 2017

 

SALAM 1 PPD KUNAK TERUS UNGGUR DI NEGERI SABAH

 
 

  

 

Carta Organisasi-002

FUNGSI DAN OBJEKTIF PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUNAK

 

1.Mewakili Jabatan Pelajaran Negeri di peringkat daerah.
2. Melahirkan bangsa Malaysia taat setia dan bersepadu.
3. Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran dan perbelanjaan di peringkat sekolah.
4. Merancang dan melaksanakan program ikhtisas, bagi meningkatkan kecekapan staf.
5. Mengendali, mengurus dan mengawal keperluan dan perbelanjaan tahunan bagi sekolah sekolah.
6. Mengawal disiplin, tatatertib dan etika kerja penyelia, pengetua, guru besar, guru-guru dan anggota kumpulan sokongan.
7. Merancang dan melaksanakan program pembangunan fizikal, sosial, kemanusian dan kerohanian di peringkat daerah.
8. Mengurus dan mentadbir perkhidmatan dan kebajikan guru-guru dan staf bukan guru.
9. Membudayakan Pengurusan Pentadbiran, Kepimpinan Cemerlang di setiap sekolah
10. Menjalinkan permuafakatan dan perkongsian dengan pelbagai pihak di peringkat tempatan bagi kemajuan pendidikan di peringat Daerah.

 
 

 Piagam Pelanggan

  1. Sentiasa bersedia untuk membantu & memberi layanan mesra dan cekap.
  2. Mengurus dan mempastikan murid/pelajar mendapat tempat belajar di sekolah.
  3. Bersedia sedaya upaya menyelesaikan semua tuntutan kewangan warga pendidik & staf sokongan.
  4. Memantau semua sekolah daerah Kunak sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan untuk mempastikan sekolah diurus dengan cekap & berkesan.
  5. Mempastikan program pendidikan KPM & JPN Sabah dapat dilaksanakan dengan sempurna & mengikut jadual.

 

 

Kami warga Pejabat Pelajaran Daerah Kunak dengan penuh tekad dan iltizam dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan Usaha kami untuk :-

1. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap, adil memberi jawapan segera setiap pelanggan yang berurusan agar dapat diselesaikan dalam tempoh masa lima minit.
2. Mempastikan Pejabat Pelajaran Daerah Kunak sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan,pelajar, guru, masyarakat (ibubapa) kerajaan.
3. Mempastikan semua kanak-kanak warganegara mengikut umur yang ditetapkan mendapat belajar di sekolah-sekolah daerah kinabatangan.
4. Mempastikan semua sekolah dipantau sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun dan pengetua/guru besar memantau (pengajaran & pembelajaran) sekurang-kurangnya tiga orang guru dalam seminggu.
5. Mempastikan semua pelajar warganegara yang layak mendapat bantuan skim pinjaman buku teks ( SPBT ), Kumpulan Wang Amanah Peajar Miskin ( KWAPM )dan Rancangan makan Tambahan (RMT).
6. Mempastikan pendaftaran peperiksaan mengikut jadual dan perjalanan peperiksaan dilaksanakan tanpa penyelewengan.
7. Mempastikan segala surat, maklumat dan butir-butir yang diperlukan oleh pihak-pihak tertentu diberi jawapan seminggu dari tarikhnya diterima.
8. Mempastikan kakitangan disemua peringkat mematuhi pekeliling-pekeliling perbandaharaan.
9. Mempastikan segala permohonan bekalan dan penyelenggaraan diproses dan dikemukakan kepada pihak- pihak berkenaan dalam masa dua minggu dari tarikh permohonan. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan lagi prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pelajaran.

 

Etika Kerja Pejabat Pendidikan Daerah Kunak perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan perinsip berikut:

  • Nilai yang betul
  • Perlaksanaan yang baik
  • Pergerakan kearah kebaikan
  • Memperkotakan apa yang dikatakan
  • Beradap
  • Kekitaan, kesetiaan syura dan muafakat

 

PROGRAM UNGGUL PEJABAT PENDIDIKAN KUNAK

unggul3 unggul4    unggul5 unggul2

 

~ Pelancaran Program UUNGGUL ~

View My Stats