Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Selasa, 19 November 2019

     

 

 

PEJABAT PENDIDIKAN  DAERAH  BEAUFORT
TINGKAT 2 & 3 RUMAH  PERSEKUTUAN,   BEG BERKUNCI NO: 15, 89809 BEAUFORT, SABAH.

Tel : 087-211853 (Aras 2 - Pejabat Am) 087-212001 (Aras 3)  Faks : 087-212797 (Aras 2)

  Email Rasmi :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

mat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya !-- document.write( '' ); /
Pegawai  Pendidikan Daerah :  BUDREH HJ AHMAD

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah :    ZOLKIFLEE BIN ABD HAMID

 

"BERSAMA MELAKAR KEGEMILANGAN"

 

CARTA ORGANISASI PPD BEAUFORT

 

 

 

 

OBJEKTIF

 

1. MELAHIRKAN INSAN YANG TAAT KEPADA NEGARA DAN BERPEGANG KEPADA PRINSIP RUKUN NEGARA.

2. MENYEDIAKAN PRASARAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SERTA MENJAMIN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF DI SETIAP SEKOLAH.

3. MEMBERI ILMU TANPA MENGIRA BATASAN KAUM AGAMA DAN KETURUNAN.

4. MEMPASTIKAN SETIAP WARGA PENDIDIK MENYALURKAN ILMU YANG BERMANFAAT SELARAS DENGAN KEHENDAK DAN ASPIRASI KEMENTERIAN PELAJARAN

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

 

PIAGAM  PELANGGAN

 

BAHAWASANYA KAMI BERAZAM

berazam dengan penuh iltizam dan kesungguhan akan memberi perkhidmatan cemerlang yang berterusan 

dalam suasana mesra serta berdisiplin sesuai dengan aspirasi negara bagi mewujudkan masyarakat penyanyang.

 
OLEH ITU KAMI BERJANJI AKAN :

1. Mempertingkatkan keupayaan dan kewibawaan Pengetua / Guru  Besar serta

    kakitangan Profesional dan Sokongan demi pengisian Wasasan Negara.

2. Sentiasa mengeratkan hubungan kemanusiaan dan memberi layanan cemerlang

    kepada pelanggan menerusi konsep mesra , adil,tanpa mengira rakan, agama,

    bangsa dan keturunan.

3. Komited, proaktif serta perihatin terhadap tugas mengikut peredaran dan

    perubahan  masa.

4. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum dan kokurikulum  aspek penyeliaan,

    pencerapan, mesyuarat,taklimat, bengkel dan kursus.

4. Menyediakan data dan maklumat asas yang tepat serta sahih.

5. Sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkualiti serta berinovatif dan

    mengamalkannya setiap masa.

6. Menguruskan penempatan dan pertukaran guru dengan cepat dan tepat

    berdasarkan keperluan.

7. Menguruskan pertukaran dan perpindahan pelajar dengan segera berdasarkan

    keperluan dan kekosongan tempat.

8. Menguruskan penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh.

9.Meningkatkan kecekapan serta akauntibiliti dalam aspek pengurusan kewangan

   dan pembayaran tuntutan kepada pelanggan .

 

 

FUNGSI

 

Memungut, memproses, menyimpan, mencapai dan menyebar data / maklumat bagi menyokong aktiviti utama pengurus dan pembuat keputusan di sekolah, PPD, JPN dan KPM

 

 

SEJARAH PENUBUHAN PPD BEAUFORT

 

Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort ditubuhkan setelah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bersetuju untuk memilih Daerah Beaufort untuk dijadikan pusat pentadbiran Pelajaran Gabungan bagi mengawasi pentadbiran Pelajaran bagi empat daerah iaitu Beaufort, Membakut, Sipitang, dan Kuala Penyu.

Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort pada awalnya adalah dibawah pentadbiran Bahagian Pedalaman yang berpusat di Keningau. Dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Sabah dan oleh semua pihak, Bahagian Pedalaman dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Keningau dan Bahagian Beaufort.

Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort yang dulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort ditubuhkan pada Januari 1981. Menurut sejarah penubuhannya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersetuju menempatkan Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort di Kota Kinabalu dengan kakitangan seramai enam orang yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Sidek sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian Beaufort yang pertama. Encik Abd Razak Wahab sebagai kerani pentadbiran, Encik Ag. Omar Ismail sebagai kerani Akaun, Cik Noorsadah Hj. Daud sebagai Jurutaip, Encik Mohd Dani sebagai Pembantu Am Rendah dan Encik Talip Perlan sebagai Pemandu.

Melalui penstrukturan semula yang dibuat pada tahun 2003 oleh Jabatan Pendidikan Sabah, Pejabat Pendidikan Bahagian Beaufort ditukar kepada Pejabat pelajaran Gabungan Beaufort. Pejabat Pelajaran Gabungan Beaufort ini juga bertambah satu daerah iaitu dengan kemasukan daerah Papar.

 

SLOGAN

 

Bersama Melakar Kegemilangan

 

 
 
 
 
 

 
 
View My Stats