Pejabat Pendidikan Daerah Papar

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Selasa, 19 November 2019

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

 

Peti Surat 132, 89608 Papar, Sabah

Tel: 088-913575

Fax: 088-912521

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

 

SUHAIMI@SUHAINI BIN HAJI MATSHAH

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

 

CARTA ORGANISASI

 

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

 

OBJEKTIF

Memastikan semua pengurus sekolah dan warga pendidik di Daerah Papar menghayati pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkesan dan mendasari budaya kecemerlangan ilmu pengetahuan yang berfokus ke arah pembangunan insan yang berakhlak mulia dan kesejahteraan diri. Dalam pada masa yang sama membentuk murid- murid yang sentiasa berusaha ke arah ke cemerlangan akademik dan kokurikulum melalui sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang strategik, inovatif, dinamik dan futuristik.

 

Memastikan semua sekolah di daerah ini menghayati dan mendasari budaya kecemerlangan yang berterusan dengan menjadikan perancangan strategik pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Papar dan pengurusan berkualiti yang menggunakan kaedah benchmarking sebagai panduan utama dalam pembentukkan iklim sekolah berarcakan kecemerlangan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Memastikan semua sekolah di Daerah Papar memupuk potensi pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan efektif supaya berkembang dan menyerlah ke arah pembangunan insan yang mengejar kecemerlangan akademik.

 

Memastikan semua sekolah di daerah Papar berusaha menyuburkan potensi pelajar dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek supaya berkembang dan menyerlah secara menyeluruh ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
 

 

PIAGAM PELANGGAN

Melahirkan Pengurusan Sekolah Yang Berkualiti Selaras Dengan Wawasan Pendidikan Negara.

 

Memastikan sistem pendidikan di daerah ini dapat berjalan dengan baik bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan.

 

Memastikan segala program pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin dan keceriaan dijalankan dengan sempurna mengikut piawaian yang ditetapkan.

 

Sentiasa peka kepada kehendak dan keperluan pelanggan (murid, guru, masyarakat dan Negara).

 

Mewujudkan kerjasama, persefahaman dalaman dan luaran dengan masyarakat demi meningkatkan prestasi pendidikan daerah.

 

Membuat lawatan penyeliaan terhadap sekolah-sekolah yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk menentukan sekolah diurus dengan cekap dan berkesan mengikut sasaran yang ditetapkan.

 

Sentiasa membantu serta memberi layanan yang mesra dan segera.

 

FUNGSI

Mengumpul, memproses, menyimpan, mencapai dan menyebar data / maklumat bagi menyokong aktiviti utama

 

Pengurus dan pembuat keputusan di sekolah, PPD, JPN dan KPM.

 

SLOGAN

"Papar SMART; Mendukung Aspirasi, Mendahului Perubahan"

 

 
 
 
View My Stats