Pejabat Pendidikan Daerah Semporna

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Jumaat, 24 Januari 2020

 

 

 

 

 

 

 

 

SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

Sejarah penubuhan pusat pentadbiran pendidikan daerah bermula pada sekitar tahun60-an dan diletakkan dibawah seliaan Pejabat Pendidikan Bahagian / Gabungan Tawau.

  Pada tahun 2009, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna mula berdiri sendiri sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Gred B.

 

OBJEKTIF PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

1.    Menggalakkan kepimpinan yang berkesan berasaskan kepada kemanusiaan.

2.    Membentuk sikap dan fikiran yang positif di kalangan guru warga pendidik di Daerah Semporna.

3.    Memberi bimbingan ikhtisas di kalangan guru

4.    Menggalakkan kegiatan kokurikulum dengan penekanan kepada penyertaan yang menyeluruh

5.    Memperkasakan pelaksanaan Pendidikan agama Islam dan Moral.

6.    Menggalakkan pembentukan budaya sekolah yang ceria dan kondusif

7.    Melaksanakan tugas dengan cepat, cekap dan tepat.

8.    Menyelia seberapa kerap dengan pendekatan membantu dan membimbing

VISI

Pendidikan berkualiti, insan terdidik, Negara Sejahtera

 

MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara.

 

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1.    Memastikan semua kanak-kanak mendapat tempat belajar di hari pertama persekolahan dibuka

2.    Mengusahakan semua guru dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan

3.    Memastikan semua staff sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan

4.    Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna

5.    Menentukan segala surat rayuan dan aduan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Semporna diberi jawapan dalam seminggu dari tarikh surat diterima

6.    Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi profile facebook kami di:-

https://www.facebook.com/pejabatpelajaran.semporna

 

 

 

 
View My Stats