Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Ahad, 15 Disember 2019

 

 

 

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAHAD DATU
 ARAS BAWAH, BANGUNAN MAJLIS DAERAH
PETI SURAT 60288, 91112 LAHAD DATU
SABAH, MALAYSIA
No Telefon : 089-884172/4173
No Faks : 089-885327
Email :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu :
EN ZAMRI BIN PEHAKAN

DG54
 
 
 

Pengurus Kandungan Laman Web :
EN RICKY @ IDRIS HJ ANDRES
 
 

 

 

 

SLOGAN


“GEGAGON KITO”


 
 

CARTA ORGANISASI

 

 


CARTA FUNGSI
 

SEKTOR PERANCANGAN

Membangunkan, memantau dan menilai pelan strategik pembangunan pendidikan daerah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM.
Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut (OBB).
Verifikasi dan penyelarasan pusat sehenti pangkalan data bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD.
Menentukan, menyelaras dan memantau KPI dan SKT PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
Menyelaras program pelibatan (public-private partnership) dan hubungan antara agensi/komuniti.
Menyelaras perhubungan, aduan dan penyebaran maklumat berkaitan program PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
 

SEKTOR PEMBELAJARAN

 
Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan mengenal pasti kompetensi serta keperluan latihan berdasarkan bidang kepada pegawai dan kakitangan sokongan yang berkaitan.
Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkah-langkah pemulihan dan penambahbaikan.
Menggembleng guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.
Menyediakan pelantar pembelajaran pembangunan multimedia dan pengurusan pusat sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah dari aspek teknologi pendidikan.
Memantau prestasi SISC+ berdasarkan  maklum balas daripada pemimpin sekolah mengenai keberkesanan sokongan kejurulatihan bagi subjek.
Menyelaras pengagihan SISC+ serta pegawai-pegawai Pemulihan Khas dan Pendidikan Islam & Dakwah di sekolah-sekolah berdasarkan keperluan.


PENGUPAYAAN PEMBANGUNAN / PEMBELAJARAN SEKOLAH (SISC+)

Membimbing dan membangunkan guru dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian.
Membuat penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.
Memantau, menilai pencapaian akademik serta pelaksanaan langkah-langkah pemulihan/ intervensi.
Membina platform bagi perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran menerusi jaringan dan jalinan dengan pelbagai agensi mengikut keperluan sekolah.
Melaksana pembangunan profesionalisme keguruan secara berterusan dalam daerah melalui Continuous Professional Development (CPD) dan Professional Learning Community (PLC).
Menggembleng guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.


PENDIDIKAN ISLAM

Mengedarkan kurikulum dan dokumen berkaitan kepada sekolah.
Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan program dakwah peringkat sekolah dan daerah.
Mengurus dan menyelaras aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam/Moral.
Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam/Moral.
Menganalisa peperiksaan PAFA dan yang berkaitan.
Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama.
Menyelaras pembangunan profesionalisme guru-guru pendidikan Islam.
Membimbing dan membangunkan guru dalam  aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian dalam bidang Pendidikan Islam.
Mewujudkan perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran Pendidikan Islam.
Menyelaras pembangunan dan  perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam  perkhidmatan.
Merancang dan menyokong pembangunan dan pelaksanaan program dakwah peringkat sekolah dan daerah.
Menerima dan melaksanakan CPD, PLC serta jaringan dan jalinan dalam bidang pedagogi dan kurikulum (Pembelajaran).
Jalinan dan jaringan dengan Jabatan Agama Islam Daerah berkaitan pembangunan Pendidikan Islam.


PENDIDIKAN KHAS

Membimbing dan membangunkan guru dalam aspek kurikulum dan pedagogi pendidikan khas.
Menyelaras, memantau dan melapor pelaksanaan dasar pendidikan khas menepati dasar pendidikan negara.
Menyelaras, menilai dan melapor pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum pendidikan khas. 
Melaksana penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang cekap dan berkesan di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
Menyelaras, memantau,  menilai dan melapor pelaksanaan pengurusan Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif
Menyelaras, memantau dan menilai keperluan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran MBK. 
Menyelaras dan melaksana program Latihan Dalam Perkhidmatan bagi pegawai dan staf.
Menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan aktiviti gerak kerja sukan, kokurikulum dan kesenian di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
Menyelaras dan melaksana kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mengoptimum potensi diri MBK.
Melaksana program Outreach MBK.
Menyelaras, memantau dan menilai khidmat sokongan dan bantuan pendidikan khas.


PEMULIHAN KHAS

Membangunkan strategi pengoperasian program pemulihan khas di peringkat daerah.
Merancang, mengurusan, menyelaras dan menilai penguasaan asas literasi dan numerasi 3M bagi murid di semua peringkat persekolahan.
Membimbing dan menyelaras program pemantapan dan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk guru pemulihan.
Menerima dan melaksana CPD, PCL serta jaringan dan jalinan dalam bidang pembangunan potensi murid pemulihan (pembelajaran).

SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Melaksanakan  aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang.

Membantu dalam menyediakan bahan pembelajaran dengan menggunakan pelantar pembelajaran. 
Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah.
Membantu penyediaan dan penerbitan bahan PdP dalam pelbagai media mengikut piawai yang ditetapkan.
Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber pendidikan.
Mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan teknologi pendidikan. 
Pengauditan penggunaan teknologi dalam PdP dan pengurusan sekolah.
Membantu khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah.
Menyelaras pengurusan PKG meliputi fasiliti dan keselamatan premis.
Bekerjasama dengan Sektor Pembelajaran dalam pelaksanaan kurikulum sekolah berasaskan teknologi pendidikan.


SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
 

Menyelia pengurusan dan pentadbiran Prasekolah, Sekolah Rendah, Menengah termasuk Institusi Pendidikan Swasta (sekiranya ada) yang di bawah bidang kawalan PPD.
Penempatan dan Pertukaran guru di sekolah bawah kawalan PPD termasuk Guru Besar dan Guru Penolong Kanan..
Menguruskan pendaftaran, pengemaskinian dan menverifikasi data murid warganegara dan bukan warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.
Menyelia dan memantau kurikulum di Institusi Pendidikan Swasta  di bawah kawalan PPD (sekiranya ada).


PENGUPAYAAN KEPIMPINAN SEKOLAH (SIP+)

Membimbing dan membangunkan pemimpin sekolah dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan organisasi.
Memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah mengenai program/ intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut keperluan.
Membina platform bagi perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran menerusi jaringan dan jalinan dengan pelbagai agensi mengikut keperluan sekolah.
Memberi khidmat nasihat dari aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi dalam pengurusan pemilihan kepimpinan sekolah.
Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Continuous Professional Development (CPD) dan Professional Learning Community (PLC).
Memberi khidmat kepakaran profesionalisme dari aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi dalam daerah.
Memberi khidmat nasihat berkenaan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah.


PRASEKOLAH DAN RENDAH

Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik keperluan di peringkat Prasekolah dan Sekolah Rendah.
Mengurus dan melaksanakan penempatan dan pertukaran guru mengikut keperluan opsyen di sekolah di bawah kawalan PPD.
Mengurus dan melaksanakan penempatan murid (warganegara dan bukan warganegara) di sekolah di bawah kawalan PPD.
Merancang, mengurus, menyelaras dan menverifikasi data dan maklumat pengoperasian Prasekolah dan Sekolah Rendah.
Menyediakan maklumat bagi permohonan untuk ABM (Kewangan / Perjawatan)
Merancang, meneliti dan mengurus tindakan susulan berkaitan isu pendidikan di peringkat Prasekolah dan Sekolah Rendah di sekolah di bawah kawalan PPD.
Merancang, menyelaras dan melaksana keperluan pendidikan alternatif.

Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan 

MENENGAH DAN TINGKATAN 6

Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik keperluan di peringkat Menengah dan Tingkatan 6.
Mengurus dan melaksanakan penempatan dan pertukaran guru mengikut keperluan opsyen di sekolah di bawah kawalan PPD.
Mengurus dan melaksanakan penempatan murid (warganegara dan bukan warganegara) di sekolah di bawah kawalan PPD.
Merancang, mengurus, menyelaras dan menverifikasi data dan maklumat pengoperasian Menengah dan Tingkatan 6.
Menyediakan maklumat bagi permohonan untuk ABM (Kewangan / Perjawatan)
Merancang, meneliti dan mengurus tindakan susulan berkaitan isu pendidikan di peringkat Menengah dan Tingkatan 6 di sekolah di bawah kawalan PPD.
Merancang, menyelaras dan melaksana keperluan pendidikan alternatif.
Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data murid.


PENDIDIKAN SWASTA

Membantu dalam pemantauan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi pendidikan swasta dan prasekolah swasta di bawah kawalan PPD.
Membantu dalam menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran IPS.
Membantu dalam proses permohonan pendaftaran / memperbaharui pendaftaran guru
Pengumpulan data sekolah swasta
Menyediakan laporan awal bagi tujuan pendakwaan.


SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
 

Melaksanakan pelan kecemerlangan murid daerah meliputi akademik, kokurikulum, disiplin dan bantuan pendidikan.


HAL EHWAL MURID

Menyelaras pelaksanaan program di sekolah-sekolah.
Melaksana pelan tindakan keberhasilan murid. 
Melaksana pemantauan program di peringkat daerah.
Menyelaras pengoperasian pembangunan murid dalam daerah.
Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data pelajar berkaitan hal ehwal murid.

Bantuan Pendidikan/Kebajikan/SPBT
Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program bantuan kepada murid seperti :
Asrama  
Biasiswa/Bantuan Pelajar Miskin
Anti Dadah  
Rancangan Makanan Tambahan 
Program Susu Sekolah 
Skim Bantuan Makanan Asrama 
Skim Bantuan Pakaian Seragam 
Skim Bantuan Buku Teks 

Disiplin dan Sahsiah
Merancang, menyelaras dan melaksana :         
Program disiplin dan keselamatan murid           
Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid 


PEMBANGUNAN BAKAT MURID

Menyelaras pelaksanaan program di sekolah-sekolah.
Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data pelajar berkaitan pembangunan bakat murid.
Melaksana pelan tindakan keberhasilan murid. 
Melaksana pemantauan program pendidikan di peringkat daerah.
Menyelaras pengoperasian pembangunan murid dalam daerah.

Sukan
Merancang, melaksana dan menyelaras:
Aktiviti sukan di peringkat daerah dan negeri 
Kursus-kursus yang berkaitan sukan kepada guru-guru 
Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan 
Merancang dan melaksana aktiviti sukan dan mengurusetia MSSD
Memantau dan menilai perlaksanaan program  sukan di daerah.

Kokurikulum dan Kesenian
Merancang, melaksana dan menyelaras :-
Aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform di peringkat daerah dan negeri..
 kursus-kursus yang berkaitan kegiatan ko-kurikulum kepada guru-guru. 
Kerjasama agensi lain dalam aktiviti kokurikulum. 
Memantau dan menilai perlaksanaan program kokurikulum dan akademik. 
Merancang, melaksana dan menyelaras :-
 Aktiviti pendidikan pencegahan dadah.
 Kursus/bengkel/seminar yang berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada guru-guru.   
Pertandingan anti dadah
 Kerjasama agensi lain dalam aktiviti pencegahan dadah.  
Memantau dan menilai perlaksanaan pendidikan pencegahan dadah. 
Melaksana dan menyelaras
Kursus/bengkel/seminar pengurusan dan penyelarasan Ko-kurikulum. 
 

SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
 

Mengurus pelaksanaan dan kerahsiaan pentaksiran/ peperiksaan  antara sekolah-sekolah.
Menyelaras pelaksanaan pentaksiran/peperiksaan seluruh sekolah dalam daerah.
Membantu penyerahan, storan dan pengumpulan kertas penilaian sulit.
Mengesan pencapaian pelajar berdasarkan penilaian berasaskan sekolah.
Mengurus dan mengendalikan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah.
Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah.
Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksaan.
Urus setia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah.
Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam daerah.
Mengurus keselamatan peperiksaan di daerah.
Merancang, mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperiksaan di daerah.
Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperiksaan di daerah.


PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
 

Melaksanakan perkhidmatan kaunseling bagi organisasi.
Merancang dan menyelaras kursus berkaitan kaunseling bagi organisasi.
Mengumpul data dan memantau perkembangan pegawai yang menrima kaunseling.

Memberi khidmat nasihat berkaitan kaunseling di peringkat daerah

SEKTOR PENGURUSAN
 

Menyelaras pelbagai proses urusan sumber manusia, kewangan, akaun, ICT dan Pentadbiran Am bagi memastikan kelancaran operasi PPD.


KEWANGAN, INFRASTRUKTUR &  PEROLEHAN

Mengurus hal ehwal kewangan di peringkat daerah.
Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil.
Menguruskan dan menyelia pengurusan aset di PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat.
Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.
Melaksanakan kerja-kerja pembaikan  dan penyelenggaraan kecil untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
Mengendalikan urusan perolehan untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
Menyelaras urusan keperluan bangunan dan perolehan sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD.
Penyelarasan akaun (termasuk sekolah-sekolah bukan PTJ).
Memantau perbelanjaan dan transaksi di PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
Menguruskan penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah bukan PTJ.

Menguruskan keselamatan di PPD sentiasa terjaga

SUMBER MANUSIA,  ICT & PENTADBIRAN AM

Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah.
Menguruskan hal perkhidmatan kakitangan di PPD.
Mentadbir pengurusan HRMIS.
Menguruskan program latihan kepada guru dan bukan guru di peringkat daerah.
Menguruskan pentadbiran am di PPD.
Melaksanakan pengurusan integriti di peringkat daerah.
Menyelaras dan mengendalikan penyelenggaraan perkakasan dan  perisian sistem aplikasi. 
Menyelaras dan mengendalikan Latihan penggunaan sistem aplikasi. 
Melaksanakan kajian dan ulasan permohonan perolehan  perkakasan komputer. 
Menyelaras pemprosesan sistem aplikasi pengurusan dan penganalisaan data.
Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah.
Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi.
Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.
Menyelenggara hardware dan sistem aplikasi di PPD dan sekolah.
Menyelenggara pengkalan data dan automasi proses.
 
 
 
 

MATLAMAT

 
Berusaha menentukan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.
 

OBJEKTIF

 
  Mempertingkatkan mutu pengurusan peringkat PPD dan sekolah
 Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Mempertingkatkan akhlak dan disiplin murid
 Mempertingkatkan kecemerlangan akademik
Mempertingkatkan budaya sekolah dari segi kebersihan, keceriaan dan kemudahan infrastruktur, dan
Mempertingkatkan hubungan baik di semua peringkat
 

PIAGAM PELANGGAN

 

Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Beriltizam, akan memberikan perkhidmatan dan layanan berkualiti kepada warga dan institusi pendidikan, masyarakat, serta jabatan dan agensi luar dengan mesra, cekap dan saksama;

 

* Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh 5-10 minit
* Memastikan panggilan telefon dilayan sebelum deringan ke3(tiga)
* Memastikan semua kanak-kanak berstatus warganegara mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan
* Memastikan penempatan guru diurus dalam tempoh 14(empat belas) hari bekerja selepas bekalan guru diterima di lokasi
* Memastikan pertukaran guru di daerah dilaksanakan 2(dua kali setahun (Januari&Jun) dalam tempoh 30(tiga puluh) hari bekerja dari tarikh surat kelulusan pertukaran dikeluarkan
* Setiap aduan diambil tindakan dalam tempoh 14(empat belas) hari waktu bekerja
* Keputusan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 14(empat belas) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima
* Memastikan urusan rayuan disiplin murid diselesaikan dalam tempoh 14(empat belas) hari bekerja dari tarikh penerimaan rayuan
* Memastikan bayaran bil/invois dibuat tidak melebihi tempoh 14(empat belas) hari dari penerimaan (bagi dokumen yang lengkap)
* Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah sebelum keputusan diumumkan 
 

ETIKA KERJA

 

Etika Kerja Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu 
Perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip berikut:

  • Nilai yang betul
  • Pelaksanaan yang baik
  • Pergerakan ke arah kebaikan
  • Memperkotakan apa yang dikatakan
  • Beradab sopan
  • Kekitaan, kesetiaan syura dan muafakat

 

LAMAN FACEBOOK PPDLD
https://www.facebook.com/groups/111091808991373/

 

 

DASHBOARD PPDLD 30 JUN 2019


DASHBOARD PPDLD DATA SEPERTI PADA 31 OKTOBER 2019


 

 

 

 
 
 
View My Stats