Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu

Isnin, 24 April 2017

Feed Display

Tiada URL suapan yang dinyatakan.

 

 

 

 

 


فجابت فنديديقن داءيره لاهد داتو

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAHAD DATU
 ARAS BAWAH, BANGUNAN MAJLIS DAERAH
PETI SURAT 60288, 91112 LAHAD DATU
SABAH, MALAYSIA
No Telefon : 089-884172/4173
No Faks : 089-885327
Email :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu :
EN ZAMRI BIN PEHAKAN

DG54
Pengurus Kandungan Laman Web : Ricky @ Idris Hj Andres
 

 

 

 

 

 

 

 

SLOGAN

“GEGAGON KITO”
 

CARTA ORGANISASI


FUNGSI-FUNGSI UNIT

FUNGSI UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

* Menyelia pengurus dan pentadbir sekolah rendah, menengah termasuk institut pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD
* Penempatan dan pertukaran guru
* Penempatan dan kemasukan murid
* Kelulusan permohonan guru ganti, KGSK
* Panel gerakan gaji dan nilaian prestasi
* Kelulusan cuti Guru Besar / Pengetua
* Kelulusan permohonan pelancongan / pendaftaran PIBG
* Pendaftaran kemasukan murid asing
* Menyelia dan menyelaras Pendidikan Khas / Pendidikan Swasta di preingkat daerah
* Mengurus kebenaran mengutip derma
* Mengurus kebenaran membuat kajian
* Mengurus kelulusan permohonan membuat lawatan oleh sekolah
* Mengurus tugas-tugas protokol
* Mengurus latihan untuk pegawai dan staf
* Mengurus latihan LDP umtuk sekolah
 
FUNGSI UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN 
HAL EHWAL MURID
* Merancang, melaksana dan memantau
* Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid
* Pengurusan Asrama Sekolah
* Biasiswa / Bantuan pelajar miskin dan lain-lain bantuan pendidikan
* Bantuan Skim Pinjaman Buku Teks
* Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid
*Program Pendidikan Pencegahan Dadah
 
KOKURIKULUM
* Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau
* Aktiviti kelab / persatuan dan badan beruniform
* Kursus penasihat kokurikulum kepada guru-guru
* Kerjasama dengan agensi
* Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan.
 
SUKAN
* Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau
* Aktiviti sukan di peringkat sekolah dan daerah
* Kursus kejurulatihan sukan kepada guru-guru
* Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan
* Urusetia sukan MSSD / MSSPP
* Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan
 
FUNGSI UNIT PENTADBIRAN, PERKHIDMATAN DAN KEWANGAN
* Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran am dan kewangan pringkat daerah
* Mengurus hal ehwal perkhidmatan / perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah
* Mengurus hal ehwal pembayaran gaji, tuntutan perjalanan / perpindahan dan lain-lain di peringkat daerah
* Mengurus dan memperlakukan terimaan dan kutipan hasil
* Menguruskan rekod harga tetap dan pelupusan
* Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun  (Buku Vot, daftar bil dan sebagainya)
* Mnyediakan belanjawan tahunan
* Melaksanakan sistem kewangan
* Mnyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah
*  Menguruskan buku rekod perkhidmatan (BRP)
 
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN
* Membantu membuat unjuran keperluan dan merancang prasarana pendidikan dari segi fizikal di peringkat daerah
* Memantau kerja-kerja penyelenggaraan prasarana pendidikan khususnya di sekolah
* Menguruskan tender dan sebut harga di peringkat daerah (yang berkaitan)
* Pemantauan bekalan peralatan dan perabot untuk sekolah / asrama
* Mengumpul maklumat berhubung dengan pembangunan dan tapak projek
* Bertangggungjawab terhadap pemantauan dan pembayaran melalui sistem PMS
* Menghadiri mesyuarat tapak dan mnyediakan laporan
 
FUNGSI UNIT DATA DAN ICT
* Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah
* Menguruskan kemasukan data, pencetakan laporan dan analisa data
* Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi
* Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer
* Menyediakan khidmat sokongan teknikal
* Menyelaras dan menyelenggara laman web
* Menyelia keselamatan sistem maklumat PPD 
 
FUNGSI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
* Khidmat kaunseling kepada pegawai / kakitangan pendidikan daerah
* Merancang dan melaksanakan kursus berkaitan perkhidmatan kaunseling
* Mengumpul dan menganalisa data pegawai / staf yang menerima kaunseling
* Memantau perkhidmatan kaunseling di sekolah
* Menyelaras urusan keutuhan peringkat PPD
 
FUNGSI UNIT JAMINAN KUALITI & ISO
* Bertindak sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar
* Mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hand-on kepada pengurus dan pendidikan di sekolah
* Membantu pengurus sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran
* Melatih pemikiran pengurusan sekolah ke arah lebih berfikiran positif dan dinamik
* Membantu dalam memperkasakan sekolah
* Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan PPD dan semua urusan mendapatkan maklum balas minit
* Menyelaraskan pelaksanaan sistem perguruan perkhidmatan awam dan pekeliling perkhidmatan lain yang berkaitan
* Merancang, menyelaras dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia
* Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi
* Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat organisasi (KPM/JPN/PPD)
* Merancang, menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi
 
FUNGSI UNIT FASILINUS DAN PENGOPERASIAN PROGRAM LINUS
* Pegawai FasiLINUS bertanggungjawab kepada sekolah-sekolah di daerahnya berlandaskan nisbah 1:30
* Memastikan segala maklumat berkaitan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah melalui :
i. Media Cetak
ii. Media Elektronik
iii. Taklimat/ kursus/ bengkel/ mesyuarat
* Mengadakan dan menyelaras latihan-latihan on-site (di sekolah / PKG / Premis kerajaan), kepada guru LINUS sekurang-kurangnya 18jam setahun
* Membantu pihak sekolah secara langsung dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam pengurusan instruksional
* Mencerap dan membimbing Pelaksanaan dan Pembelajaran LINUS di sekolah
* Membantu pelaksaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dari segi:
i. Sistem fail
ii. Data murid LINUS
iii. Media Pengajaran
iv. Pengajaran dan Pembelajaran
v. Pentadbiran Saringan
* Mengumpul dan menganalisis data:
i. Keputusan saringan
ii. Data Guru LINUS dan Guru Pemulihan
* Membantu Guru Pemulihan menempatkan murid LINUS tegar di kelas Pemulihan
* Membantu dan memberi khidmat nasihat / cadangan kepada pihak sekola untuk membantu menyediakan pelan tindakan LINUS
* Menetapkan sasaran ke arah sifar murid yang tidak dapat menuasai LINUS selepas setiap saringan berdasarkan Jadual Sasaran Pengurangan Bilangan Murid LINUS
 
 FUNGSI UNIT KURIKULUM
* Membuat pencerapan, penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah
* Merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah
* Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan kakademik dan perkembangan pegawai pendidikan mengikut bidang yang ditentukan bagi jangka pendek dan sederhana
* Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksaan langkah-langkah pemulihan
* Menggambeling guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing
* Bekerjasama dengan PKG, BTPN dalam aspek teknologi pendidikan dan pelaksanaan kurikulum sekolah bestari
* Memantau, menyelaras dan memastikan pentaksiran berasaskan sekolah bagi setiap mata pelajaran yang ditetapkan
* Menyelia dan menyelaras kurikulum dan ko-kurikulum bagi SRJK(C) dan SRJK(T)
 
 FUNGSI UNIT PEPERIKSAAN
* Mengurus dan melaksanakan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah
* Mengurus dan mengendalikan PTK di peringkat daerah
* Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah
* Memberi  maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksssan
* Urusetia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah
* Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran sekolah dalam daerah
* Mengurus keselamatan peperiksaaan di daerah
* Merancang, mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperikssan di daerah
* Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperikssan di daerah
* Memberikan khidmat nasihat tentang peperikssan awam di peringkat daerah
* Memberi maklumat yang tepat, cepat dan jitu tentang peperikssan  di daerah
 
FUNGSI UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
* Mengurus, menyelaras aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum Pendidikan Islam / Moral
* Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan kuriklum dan ko-kurikulum Pendidikan Islam / Moral
* Menganalisa peperiksaan PAFA
* Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama
* Menyelaras pambangunan dan perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan
 
MATLAMAT
 
Berusaha menentukan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.
 
OBJEKTIF
 
  Mempertingkatkan mutu pengurusan peringkat PPD dan sekolah
 Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Mempertingkatkan akhlak dan disiplin murid
 Mempertingkatkan kecemerlangan akademik
Mempertingkatkan budaya sekolah dari segi kebersihan, keceriaan dan kemudahan infrastruktur, dan
Mempertingkatkan hubungan baik di semua peringkat
 

PIAGAM PELANGGAN

 

Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Beriltizam, akan memberikan perkhidmatan dan layanan berkualiti kepada warga dan institusi pendidikan, masyarakat, serta jabatan dan agensi luar dengan mesra, cekap dan saksama;

 

* Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh 5-10 minit
* Memastikan panggilan telefon dilayan sebelum deringan ke3(tiga)
* Memastikan semua kanak-kanak berstatus warganegara mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan
* Memastikan penempatan guru diurus dalam tempoh 14(empat belas) hari bekerja selepas bekalan guru diterima di lokasi
* Memastikan pertukaran guru di daerah dilaksanakan 2(dua kali setahun (Januari&Jun) dalam tempoh 30(tiga puluh) hari bekerja dari tarikh surat kelulusan pertukaran dikeluarkan
* Setiap aduan diambil tindakan dalam tempoh 14(empat belas) hari waktu bekerja
* Keputusan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 14(empat belas) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima
* Memastikan urusan rayuan disiplin murid diselesaikan dalam tempoh 14(empat belas) hari bekerja dari tarikh penerimaan rayuan
* Memastikan bayaran bil/invois dibuat tidak melebihi tempoh 14(empat belas) hari dari penerimaan (bagi dokumen yang lengkap)
* Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah sebelum keputusan diumumkan 
 

ETIKA KERJA

 

Etika Kerja Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu 
Perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip berikut:

  • Nilai yang betul
  • Pelaksanaan yang baik
  • Pergerakan ke arah kebaikan
  • Memperkotakan apa yang dikatakan
  • Beradab sopan
  • Kekitaan, kesetiaan syura dan muafakat

 

LAMAN FACEBOOK PPDLD
https://www.facebook.com/groups/111091808991373/




 

 

 

 
 
View My Stats