Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Jumaat, 24 Januari 2020

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN
TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN,
BEG BERKUNCI 02,
90400 SANDAKAN,

 

PIAGAM PELANGGAN PPD SANDAKAN

 

 

1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama;

2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan memastikan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu bermaklumat lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh disahkan;

3. Memastikan permohonan pertukaran murid warga negara yang memenuhi syarat diproses dan diberikan keputusan dalam tempoh 3 hari bekerja;

4. Memastikan pertukaran guru di dalam daerah dapat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diluluskan;

5. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari keputusan dikeluarkan;

6. Memastikan kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja;

7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap diterima;

8. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima aduan

 

OBJEKTIF

1.      Menghasilkan mutu kecemerlangan pendidikan.

2.      Memastikan pengurusan pendidikan (kurikulum dan ko-kurikulum) cekap dan berkesan.

3.      Menentukan program pendidikan di sekolah-sekolah disusun dan dirancang dan dilaksanakan dengan kemaskini, kreatif, inovatif dan sistematik.

4.      Membantu dan memimpin pentadbiran sekolah supaya dapat melahirkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

5.      Membantu dan merancang guru-guru meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran terutama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

6.      Mengenal pasti masalah dan membantu sekolah menyelesaikannya.

7.      Meningkatkan hubungan baik dengan pemimpin, ketua masyarakat dan jabatan/ pejabat yang ada dalam komuniti setempat.

 

 

PPD SANDAKAN

 

SEJARAH/LATAR BELAKANG

Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan ditubuhkan sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi iaitu pada tahun 1950. Mr FG Whelan merupakan Pegawai Pendidikan Daerah yang pertama. Pada peringkat permulaan operasi Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan terletak di tingkat 1, Bangunan MPS, Sandakan sebelum berpindah ke bangunan SJKC Cheng Min. Seterusnya pada tahun 1986, operasi Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan telah dipindahkan ke Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Batu 7 hingga ke hari ini.
Pengurusan dan pentadbiran PPDS diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah.
Terdapat sepuluh unit di PPDS. Ia diketuai oleh seorang Ketua Unit yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti di unit masing-masing.

 

 

SLOGAN

 

"FROM GOOD TO GREAT"

 

 

SEKTOR PEMBELAJARAN

SEKTOR PEMBELAJARAN

 1. Membuat pencerapan, penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah;

 2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah;

 3. Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan perkembangan pegawai pendidikan mengikut bidang yang ditentukan bagi jangka pendek dan sederhana;

 4. Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkah-langkah pemulihan;

 5. Menggembeling guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.

 6. Bekerjasama dengan PKG, BTPN dalam aspek teknologi pendidikan dan pelaksanaan kurikulum sekolah bestari;

 7. Memantau, menyelaras dan memastikan pentaksiran berasaskan sekolah bagi setiap mata pelajaran yang ditetapkan

UNIT PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAAN

UNIT PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

 1. Mengurus dan mengendalikan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah.

 2. Mengurus dan mengendalikan PTK diperingkat daerah;

 3. Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah;

 4. Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksaan;

 5. Urusetia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah;

 6. Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran Sekolah dalam daerah;

 7. Mengurus keselamatan peperiksaan di daerah;

 8. Merancang,mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperiksan di daerah;

 9. Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperiksaan di daerah;

 10. Memberikan khidmat nasihat tentang peperiksaan awam di peringkat daerah;

 11. Memberi maklumat yang tepat, cepat dan jitu tentang peperiksaan di daerah.

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

 1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah, menengah termasuk institusi pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD;

 2. Penempatan dan Pertukaran guru dalam daerah;

 3. Penempatan dan Kemasukan murid di daerah;

 4. Kelulusan permohonan guru ganti , KGSK;

 5. Panel pergerakan gaji dan nilaian prestasi;

 6. Kelulusan Cuti Guru Besar / Pengetua;

 7. Kelulusan permohonan pelancongan/pendaftaran PIBG;

 8. Pendaftaran kemasukan murid asing;

 9. Menyelia dan Menyelaras Pendidikan Khas/ Pendidikan Swasta di peringkat daerah;

 10. Mengurus kebenaran mengutip derma

 11. Mengurus kebenaran membuat kajian

 12. Mengurus kelulusan permohonan membuat lawatan oleh sekolah

 13. Mengurus tugas-tugas protokol

 14. Mengurus latihan untuk pegawai dan staf

 15. Mengurus latihan LDP untuk sekolah

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

 HAL EHWAL MURID

 • Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid

 • Pengurusan Asrama Sekolah

 • Biasiswa / Bantuan Pelajar Miskin dan lain-lain bantuan pendidikan

 • Bantuan Skim Pinjaman Buku teks

 • Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid

 • Program Pendidikan Pencegahan Dadah kerjasama dengan agensi lain

 KOKURIKULUM

 • Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • aktiviti kelab/persatuan dan badan beruniform di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus penasihat kokurikulum kepada guru-guru

 • kerjasama dengan agensi lain

 • Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

SUKAN

 • Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Aktiviti sukan di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus kejurulatihan sukan kepada guru-guru

 • Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan

 • Urusetia sukan MSSD

 • Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

SEKTOR SUMBER MANUSIA

UNIT PENTADBIRAN, PERKHIDMATAN DAN KEWANGAN

1. Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran am dan kewangan peringkat daerah;

2. Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah;

3. Mengurus hal ehwal pembayaran gaji, tuntutan perjalanan/perpindahan dan lain-lain di peringkat daerah;

4. Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil;

5. Menguruskan rekod harta tetap dan pelupusan;

6. Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat;

7. Mengawalselia rekod kewangan dan akaun (Buku Vot, daftar bil dan sebagainya);

8. Menyediakan belanjawan tahunan;

9. "Melaksanakan sistem kewangan secara elektronik;"

10. Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.

11. Menguruskan buku rekod perkhidmatan ( BRP )

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

1. Membantu membuat unjuran keperluan dan merancang prasarana pendidikan dari segi fizikal di peringkat daerah.

2. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan prasarana pendidikan khususnya di sekolah;

3. Menguruskan tender dan sebut harga di peringkat daerah (yang berkaitan);

4. Pemantauan bekalan peralatan dan perabot untuk sekolah / asrama.

5. Mengumpul maklumat berhubung dengan pembangunan dan tapak projek;

6. Bertanggunjawab terhadap pemantauan dan pembayaran melalui sistem PMS;

7. Menghadiri mesyuarat tapak dan menyediakan laporan.

ICT

 1. Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah;

 2. Menguruskan kemasukan data, pencetakan laporan dan analisa data;

 3. Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi;

 4. Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.

 5. Menyediakan khidmat sokongan teknikal

 6. Menyelaras dan menyenggara laman web

 7. Menyelia keselamatan sistem maklumat PPD

SEKTOR PENGURUSAN DAN PERANCANGAN

UNIT JAMINAN KUALITI

 1. Bertindak sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar

 2. Mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hand-on kepada pengurus dan pendidik di sekolah

 3. Membantu pengurus sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran

 4. Melatih pemikiran pengurusan sekolah ke arah lebih berfikiran positif dan dinamik

 5. Membantu dalam memperkasakan sekolah

 6. Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan PPD dan semua urusan mendapatkan maklum balas minit mesyuarat pengurusan di peringkat PPD yang di tentukan oleh pihak       

     pengurusan atasan

 7. Menyelarsakan pelaksanaan sistem penguruan perkhidmatan awam dan pekeliling perkhidmatan lain yang berkaitan

 8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia

 9. Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi

 10. Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat PPD.

PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

  

1. Memastikan warga pendidikan berkemampuan untuk menentukan arah diri  dengan menggunakan potensi yang ada bagi pembentukan sikap positif ke arah bertanggungjawab  

    sepenuhnya kepada tugas dan amanah yang diberikan.

2. Memastikan warga pendidikan berkemampuan menghadapi dan menangani masalah seperti emosi, rohani, kerjaya, hubungan interpersonal dengan komuniti luar dan rakan

    pendidikan.

3. Memastikan warga pendidikan mampu menjauhkan diri dari melakukan kegiatan salah laku seperti anti sosial, ponteng, sabotaj, rasuah dan sebagainya.

4. Memastikan warga pendidikan sentiasa segar dan peka betapa pentingnya  kesejahteraan dan keharmonian keluarga ke arah melahirkan suasana kerja yang kondusif.

5. Memastikan warga pendidikan sentiasa segar dan peka betapa pentingnya peranan dan sumbangan mereka dalam bidang pendidikan.

6. Memastikan warga pendidikan di sekolah mendapat sokongan dan bantuan profesional psikologi dan kaunseling berterusan daripada Kaunselor Organisasi Pejabat Pendidikan

    Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

View My Stats