Pejabat Pendidikan Daerah Ranau

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Jumaat, 24 Januari 2020

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU

BEG BERKUNCI NO. 8

89300 RANAU

Telefon    : 088-875323

Faks        : 088-875515

Emel        : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

CARTA ORGANISASI

 

SEJARAH DAN LATARBELAKANG PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU

 

Pejabat Pendidikan Daerah Ranau diwujudkan pada tahun 1967 dengan seorang pegawai yang ketika itu di kenali sebagai Penyelia Daerah sahaja. Pejabatnya menumpang di sebuah rumah (bekas rumah guru) pada tahun 1969 pejabat ini berpindah dan dan menumpang di bilik Guru Besar SK. Pekan Ranau. Pada tahun 1971 berpindah lagi dan menumpang bekas Pejabat Polis dan seterusnya berpindah dan menumpang di Pejabat Daerah. Menyewa sebuah kedai dari tahun 1985 hingga 1986 sehingga awal tahun 1987 Pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah berpindah ke Pejabat Pendidikan Daerah yang di bangun kan secara Projek Kilat di kawasan SK Pekan Ranau dan akhirnya pada bulan Oktober tahun 2003 Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah berpindah dan mengambilalih bangunan lama bekas SMKA Ranau kini SMK Kundasang. Pada 2012, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah berpindah ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Daerah Ranau dan masih lagi di sana sehinggalah sekarang ini.

 

SLOGAN

 

SLOGAN

SEMANGAT RANAU NO. 1

 

OBJEKTIF

Objektif Umum

Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi proses penempatan guru sekurang-kurangnya sekali setahun

Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi proses pertukaran guru

Melaksanakan proses penempatan guru berdasarkan garis panduan serta kriteria yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun

Memastikan 80% keperluan guru di sekolah dipenuhi pada hari pertama persekolahan.

Memastikan semua pegawai dan staf Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah mengikuti latihan 7 hari setahun.

Objektif khusus:

Menjadikan daerah Ranau pusat kecemerlangan sukan yang terulung di Sabah.

Memastikan semua sekolah di Daerah Ranau  dapat memperkembangkan potensi diri pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Mempertingkatkan taraf profesionalisme dalam  kalangan pegawai, pengetua, guru besar, guru-guru serta staf sokongan warga pendidikan.

Melaksanakan aktiviti pendidikan berkonsepkan  Satu Malaysia.

 

Melaksanakan dasar-dasar Pejabat Pendidikan Daerah sebagai Pusat Tanggungjawab supaya pengurusan kewangan lebih efisyen, cepat dan berkesan.

Melaksanakan Empowerment dan Decentralisation secara cekap dan berkesan.

Melaksanakan pemantauan ke sekolah secara tepat dan cepat ke arah mewujudkan sekolah berwatak yang berkualiti dan boleh dicontohi.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Ranau bertekad dan beriltizam menumpukan usaha kami untuk:

•             Sentiasa peka, memberi respon dan mengutamakan pelanggan.

•             Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan di pejabat..

•             Memberikan sumber maklumat pendidikan yang tepat berdasarkan data.

•             Memastikan urusan dan keputusan dilaksanakan secara integriti,telus,adil dan bertanggungjawab

•             Memastikan sekolah-sekolah dapat diselia sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam satu tahun dalam semua aspek pengurusan.

•             Sentiasa berusaha memastikan segala program pendidikan dilaksanakan dengan sempurna.

•             Sentiasa bersedia menerima teguran konstruktif daripada semua pihak bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

 

FUNGSI

SEKTOR PERANCANGAN

 

 

 

SEKTOR PEMBELAJARAN

                                                                                                                          

    

 

 

 

 

 

 

 

 

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

 

 

  

 

 

 

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

 

 

  

 

PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

 

 

PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

 

 

PENGURUSAN

 

   


   

 

View My Stats