Pejabat Pendidikan Daerah Tenom

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Jumaat, 24 Januari 2020

 

 

 

 

PROFIL JABATAN

 

 

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TENOM

PETI SURAT 194,

89908 TENOM.

 

EMAIL RASMI : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

TELEFON : 087-735478      FAKS : 087-736064

 

 

 

 

SEJARAH

 

     Pejabat Pendidikan Daerah Tenom ditubuhkan pada tahun 1969. Pegawai pertama yang memegang jawatan di Pejabat Pendidikan Daerah Tenom ialah En. Agustine Main Tinggi dan menjawat jawatan sebagai Penyelia Sekolah. Pada awalnya, pejabat ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan hanya menumpang pada rumah Puspanita Daerah Tenom.

          Pada tahun 1972, pejabat ini berpindah dan menyewa bangunan Dewan Seri Antenom. Penyelia Sekolah pada masa itu adalah Encik Ibrahim Maarof. Beliau memegang jawatan berkenaan dari tahun1971 hingga pertengahan tahun 1973. Selepas itu, Penyelia Sekolah ialah En. Arifin Badeu dan beliau berkhidmat dari pertengahan tahun 1974.

         Pada tahun 1974 hingga 1976, Encik Abd Rahman Omar menjadi Penyelia Sekolah dan diganti oleh Tuan Haji Ismail Tapa pada tahun 1976 hingga 1980, sementara Encik Ahamad Safar berkhidmat sebagai Penyelia Sekolah pada tahun 1980 hingga 1982. Penyelia Sekolah yang paling lama menjawat jawatan ini adalah Encik Ghulam Hussien, dari tahun 1982 hingga bersara wajib pada tahun 1999.

         Selepas menyewa Bangunan Dewan Seri Antenom, Pejabat Pendidikan berpindah dan menyewa bangunan Kedai Fook Fah. Pada ketika itu, Encik Mohd Din Awang telah dilantik menjalankan tugas sebagai Penyelia Sekolah sehinggalah pegawa baharu dilantik.

         Pada tahun 1999 hingga pertengahan tahun 2003, Encik Kaipin Rosmin dilantik sebagai Penyelia Pendidikan Daerah Tenom menganti status Penyelia Sekolah. Selepas itu, Pejabat Pendidikan Daerah Tenom julung kali menerima khidmat seorang pegawai wanita iaitu Puan Jemira Ekong. Beliau berkhidmat di sini bermula tahun 2000 hingga 2004. Bermula pada akhir tahun 2003, Encik Albert Jonglai Malintau mengambil alih tugas sebagai Pegawai Pendidikan Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah Tenom. Ketika ini, status Pejabat pendidikan Daerah Tenom diubah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi Pejabat Pendidikan Daerah Kecil dibawah Pejabat Pendidikan Gabungan Keningau. Dalam tempoh yang sama iaitu pada awal tahun 2004, PejabatPendidikan Daerah Kecil diberi kuasa sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ).

        Kemudiannya sekali lagi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah nama Pejabat Pendidikan Daerah Kecil menjadi Pejabat Pendidikan Daerah Tenom pada hujung tahun 2004. Pada awal tahun 2009, Encik Albert Jonglai Malintau telah bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Bermula tahun 2009, semua Pejabat Pendidikan Daerah telah diberikuasa untuk mentadbir sendiri dimana semua urusan adalah tanggungjawab Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Pada bulan April 2009, Encik Ajmal Hj. Jumah telah dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Tenom.

         Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Tenom diteruskan oleh Encik Ridhuan Bin Yusof pada 16 Mei 2016. Sepanjang tahun, pelbagai pencapaian telah dicatat baik di peringkat daerah mahupun peringkat kebangsaan. Kejayaan ini adalah hasil dari kerjasama serta komitmen semua penjawat yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Tenom dan juga di sekolah-sekolah sekitar daerah Tenom.

 

 

 

 

{/sliders}    

 

VISI

Memberi perkhidmatan pendidikan berkualiti untuk menjana Modal Insan Unggul

 

Misi

Untuk mencapai visi, seluruh warga dan jentera pendidikan daerah perlu berusaha untuk memenuhi misi berikut:

  1. Membangunkan kepimpinan dan pengurusan pendidikan untuk mewujudkan organisasi pendidikan terbilang.
  2. Menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti yang mampu melahirkan modal 


 

View My Stats