Pejabat Pendidikan Daerah Pitas

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Selasa, 19 November 2019

 

SLOGAN

 

SLOGAN

 

" PPD PITAS NO.1 DI HADAPAN"

 

 

 

 

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

 

CARTA ORGANISASI

 

 

 

OBJEKTIF

OBJEKTIF

1. Melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sejajar dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Menjadikan setiap sekolah di daerah Pitas cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum

3. Menjadikan daerah Pitas mempunyai Sistem Pengurusan Pendidikan yang cemerlang,berkesan dan berkualiti.

4. Membentuk warga pendidik yang cekal, berwibawa,berbudaya saing dan mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan berkesan.

5. Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang terbaik kepada sekolah untuk merancang pengajaran dan pembelajaran.

6. Memastikan dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dilaksanakan.

 

 

FUNGSI

 

FUNGSI SETIAP UNIT DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PITAS

SEKTOR PERANCANGAN

  1. Membangunkan, memantau dan menilai pelan strategik pembangunan pendidikan daerah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM.
  2. Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut (OBB).
  3. Verifikasi dan penyelarasan pusat sehenti pangkalan data bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD.
  4. Menentukan, menyelaras dan memantau KPI dan SKT PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
  5. Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
  6. Menyelaras program pelibatan (public-private partnership) dan hubungan antara agensi/komuniti.
  7. Menyelaras perhubungan, aduan dan penyebaran maklumat berkaitan program PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.

 

SEKTOR PEMBELAJARAN

  1. Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan mengenal pasti kompetensi serta keperluan latihan berdasarkan bidang kepada pegawai dan kakitangan sokongan yang berkaitan.
  2. Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkah-langkah pemulihan dan penambahbaikan.
  3. Menggembleng guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.
  4. Menyediakan pelantar pembelajaran pembangunan multimedia dan pengurusan pusat sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah dari aspek teknologi pendidikan.
  5. Memantau prestasi SISC+ berdasarkan  maklum balas daripada pemimpin sekolah mengenai keberkesanan sokongan kejurulatihan bagi subjek.
  6. Menyelaras pengagihan SISC+ serta pegawai-pegawai Pemulihan Khas dan Pendidikan Islam & Dakwah di sekolah-sekolah berdasarkan keperluan.

 

    PENGUPAYAAN PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN SEKOLAH (SISC+)

  1. Membimbing dan membangunkan guru dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian.
  2. Membuat penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.
  3. Memantau, menilai pencapaian akademik serta pelaksanaan langkah-langkah pemulihan/ intervensi.
  4. Membina platform bagi perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran menerusi jaringan dan jalinan dengan pelbagai agensi mengikut keperluan sekolah.
  5. Melaksana pembangunan profesionalisme keguruan secara berterusan dalam daerah melalui Continuous Professional Development (CPD) dan Professional Learning Community (PLC).
  6. Menggembleng guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.

 

 

       UNIT PENDIDIKAN ISLAM

  1. Mengedarkan kurikulum dan dokumen berkaitan kepada sekolah.
  2. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan program dakwah peringkat sekolah dan daerah.
  3. Mengurus dan menyelaras aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam/Moral.
  4. Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam/Moral.
  5. Menganalisa peperiksaan PAFA dan yang berkaitan.
  6. Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama.
  7. Menyelaras pembangunan profesionalisme guru-guru pendidikan Islam.
  8. Membimbing dan membangunkan guru dalam  aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian dalam bidang Pendidikan Islam.
  9. Mewujudkan perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran Pendidikan Islam.
  10. Menyelaras pembangunan dan  perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam  perkhidmatan.
  11. Merancang dan menyokong pembangunan dan pelaksanaan program dakwah peringkat sekolah dan daerah.
  12. Menerima dan melaksanakan CPD, PLC serta jaringan dan jalinan dalam bidang pedagogi dan kurikulum (Pembelajaran).
  13. Jalinan dan jaringan dengan Jabatan Agama Islam Daerah berkaitan pembangunan Pendidikan Islam.

     UNIT PENDIDIKAN KHAS

  1. Mengedarkan kurikulum dan dokumen berkaitan kepada sekolah.
  2. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan program dakwah peringkat sekolah dan daerah.
  3. Mengurus dan menyelaras aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam/Moral.
  4. Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam/Moral.
  5. Menganalisa peperiksaan PAFA dan yang berkaitan.
  6. Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama.
  7. Menyelaras pembangunan profesionalisme guru-guru pendidikan Islam.
  8. Membimbing dan membangunkan guru dalam  aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian dalam bidang Pendidikan Islam.
  9. Mewujudkan perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran Pendidikan Islam.
  10. Menyelaras pembangunan dan  perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam  perkhidmatan.
  11. Merancang dan menyokong pembangunan dan pelaksanaan program dakwah peringkat sekolah dan daerah.
  12. Menerima dan melaksanakan CPD, PLC serta jaringan dan jalinan dalam bidang pedagogi dan kurikulum (Pembelajaran).
  13. Jalinan dan jaringan dengan Jabatan Agama Islam Daerah berkaitan pembangunan Pendidikan Islam.

 

UNIT PEMULIHAN KHAS

  1. Membangunkan strategi pengoperasian program pemulihan khas di peringkat daerah.
  2. Merancang, mengurusan, menyelaras dan menilai penguasaan asas literasi dan numerasi 3M bagi murid di semua peringkat persekolahan.
  3. Membimbing dan menyelaras program pemantapan dan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk guru pemulihan.
  4. Menerima dan melaksana CPD, PCL serta jaringan dan jalinan dalam bidang pembangunan potensi murid pemulihan (pembelajaran).

 

UNIT SUMBER & TEKNOLOGI PENDIDIKAN

  1. Melaksanakan  aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang.
  2. Membantu dalam menyediakan bahan pembelajaran dengan menggunakan pelantar pembelajaran.
  3. Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah.
  4. Membantu penyediaan dan penerbitan bahan PdP dalam pelbagai media mengikut piawai yang ditetapkan.
  5. Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber pendidikan.
  6. Mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan teknologi pendidikan.
  7. Pengauditan penggunaan teknologi dalam PdP dan pengurusan sekolah.
  8. Membantu khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah.
  9. Menyelaras pengurusan PKG meliputi fasiliti dan keselamatan premis.
  10. Bekerjasama dengan Sektor Pembelajaran dalam pelaksanaan kurikulum sekolah berasaskan teknologi pendidikan.

*Pewujudan Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan di PPD adalah bergantung kepada sekiranya ada PKG

 

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

  1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran Prasekolah, Sekolah Rendah, Menengah termasuk Institusi Pendidikan Swasta (sekiranya ada) yang di bawah bidang kawalan PPD.
  2. Penempatan dan Pertukaran guru di sekolah bawah kawalan PPD termasuk Guru Besar dan Guru Penolong Kanan..
  3. Menguruskan pendaftaran, pengemaskinian dan menverifikasi data murid warganegara dan bukan warganegara di sekolah bawah kawalan PPD.
  4. Menyelia dan memantau kurikulum di Institusi Pendidikan Swasta  di bawah kawalan PPD (sekiranya ada).

 

PENGUPAYAAN KEPIMPINAN SEKOLAH (SIP+)

  1. Membimbing dan membangunkan pemimpin sekolah dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan organisasi.
  2. Memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah mengenai program/ intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut keperluan.
  3. Membina platform bagi perkongsian dan pertukaran amalan terbaik pengajaran menerusi jaringan dan jalinan dengan pelbagai agensi mengikut keperluan sekolah.
  4. Memberi khidmat nasihat dari aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi dalam pengurusan pemilihan kepimpinan sekolah.
  5. Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Continuous Professional Development (CPD) dan Professional Learning Community (PLC).
  6. Memberi khidmat kepakaran profesionalisme dari aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi dalam daerah.
  7. Memberi khidmat nasihat berkenaan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah.

UNIT PRASEKOLAH DAN RENDAH

  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik keperluan di peringkat Prasekolah dan Sekolah Rendah.
  2. Mengurus dan melaksanakan penempatan dan pertukaran guru mengikut keperluan opsyen di sekolah di bawah kawalan PPD.
  3. Mengurus dan melaksanakan penempatan murid (warganegara dan bukan warganegara) di sekolah di bawah kawalan PPD.
  4. Merancang, mengurus, menyelaras dan menverifikasi data dan maklumat pengoperasian Prasekolah dan Sekolah Rendah.
  5. Menyediakan maklumat bagi permohonan untuk ABM (Kewangan / Perjawatan)
  6. Merancang, meneliti dan mengurus tindakan susulan berkaitan isu pendidikan di peringkat Prasekolah dan Sekolah Rendah di sekolah di bawah kawalan PPD.
  7. Merancang, menyelaras dan melaksana keperluan pendidikan alternatif.
  8. Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data murid.

UNIT MENENGAH DAN TINGKATAN 6

  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan perancangan strategik keperluan di peringkat Menengah dan Tingkatan 6.
  2. Mengurus dan melaksanakan penempatan dan pertukaran guru mengikut keperluan opsyen di sekolah di bawah kawalan PPD.
  3. Mengurus dan melaksanakan penempatan murid (warganegara dan bukan warganegara) di sekolah di bawah kawalan PPD.
  4. Merancang, mengurus, menyelaras dan menverifikasi data dan maklumat pengoperasian Menengah dan Tingkatan 6.
  5. Menyediakan maklumat bagi permohonan untuk ABM (Kewangan / Perjawatan)
  6. Merancang, meneliti dan mengurus tindakan susulan berkaitan isu pendidikan di peringkat Menengah dan Tingkatan 6 di sekolah di bawah kawalan PPD.
  7. Merancang, menyelaras dan melaksana keperluan pendidikan alternatif.
  8. Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data murid.

UNIT PENDIDIKAN SWASTA

  1. Membantu dalam pemantauan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan ke atas institusi pendidikan swasta dan prasekolah swasta di bawah kawalan PPD.
  2. Membantu dalam menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran IPS.
  3. Membantu dalam proses permohonan pendaftaran / memperbaharui pendaftaran guru
  4. Pengumpulan data sekolah swasta
  5. Menyediakan laporan awal bagi tujuan pendakwaan.

*Pewujudan Unit Swasta di PPD adalah bergantung kepada keperluan semasa PPD

 

 

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

Melaksanakan pelan kecemerlangan murid daerah meliputi akademik, kokurikulum, disiplin dan bantuan pendidikan.

UNIT HAL EHWAL MURID

  1. Menyelaras pelaksanaan program di sekolah-sekolah.
  2. Melaksana pelan tindakan keberhasilan murid.
  3. Melaksana pemantauan program di peringkat daerah.
  4. Menyelaras pengoperasian pembangunan murid dalam daerah.
  5. Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data pelajar berkaitan hal ehwal murid.

Bantuan Pendidikan/Kebajikan/SPBT

Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program bantuan kepada murid seperti :

  1. Asrama  
  2. Biasiswa/Bantuan Pelajar Miskin
  3. Anti Dadah 
  4. Rancangan Makanan Tambahan
  5. Program Susu Sekolah
  6. Skim Bantuan Makanan Asrama
  7. Skim Bantuan Pakaian Seragam
  8. Skim Bantuan Buku Teks

Disiplin dan Sahsiah

Merancang, menyelaras dan melaksana :                                             

  1. Program disiplin dan keselamatan murid           
  2. Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya              murid

 

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID

  1. Menyelaras pelaksanaan program di sekolah-sekolah.
  2. Menyelia urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data pelajar berkaitan pembangunan bakat murid.
  3. Melaksana pelan tindakan keberhasilan murid.
  4. Melaksana pemantauan program pendidikan di peringkat daerah.
  5. Menyelaras pengoperasian pembangunan murid dalam daerah.

Sukan

  1. Merancang, melaksana dan menyelaras:
    1. Aktiviti sukan di peringkat daerah dan negeri
    2. Kursus-kursus yang berkaitan sukan kepada guru-guru
    3. Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan
  2. Merancang dan melaksana aktiviti sukan dan mengurusetia MSSD
  3. Memantau dan menilai perlaksanaan program  sukan di daerah

Kokurikulum dan Kesenian

  1. Merancang, melaksana dan menyelaras :-
    1. Aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform di peringkat daerah dan negeri..
    2.  kursus-kursus yang berkaitan kegiatan ko-kurikulum kepada guru-guru.
    3. Kerjasama agensi lain dalam aktiviti kokurikulum.
  2. Memantau dan menilai perlaksanaan program kokurikulum dan akademik.
  3. Merancang, melaksana dan menyelaras :-
    1.  Aktiviti pendidikan pencegahan dadah.
    2.  Kursus/bengkel/seminar yang berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada guru-guru.  
    3. Pertandingan anti dadah
    4.  Kerjasama agensi lain dalam aktiviti pencegahan dadah. 
  4. Memantau dan menilai perlaksanaan pendidikan pencegahan dadah.
  5. Melaksana dan menyelaras
  6. Kursus/bengkel/seminar pengurusan dan penyelarasan Ko-kurikulum.

 

SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

  1. Mengurus pelaksanaan dan kerahsiaan pentaksiran/ peperiksaan  antara sekolah-sekolah.
  2. Menyelaras pelaksanaan pentaksiran/peperiksaan seluruh sekolah dalam daerah.
  3. Membantu penyerahan, storan dan pengumpulan kertas penilaian sulit.
  4. Mengesan pencapaian pelajar berdasarkan penilaian berasaskan sekolah.
  5. Mengurus dan mengendalikan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah.
  6. Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah.
  7. Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksaan.
  8. Urus setia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah.
  9. Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam daerah.
  10. Mengurus keselamatan peperiksaan di daerah.
  11. Merancang, mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperiksaan di daerah.
  12. Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperiksaan di daerah.

 

PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

  1. Melaksanakan perkhidmatan kaunseling bagi organisasi.
  2. Merancang dan menyelaras kursus berkaitan kaunseling bagi organisasi.
  3. Mengumpul data dan memantau perkembangan pegawai yang menrima kaunseling.
  4. Memberi khidmat nasihat berkaitan kaunseling di peringkat daerah.

SEKTOR PENGURUSAN

  1. Menyelaras pelbagai proses urusan sumber manusia, kewangan, akaun, ICT dan Pentadbiran Am bagi memastikan kelancaran operasi PPD.

KEWANGAN, INFRASTRUKTUR &  PEROLEHAN

  1. Mengurus hal ehwal kewangan di peringkat daerah.
  2. Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil.
  3. Menguruskan dan menyelia pengurusan aset di PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut.
  4. Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat.
  5. Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.
  6. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan  dan penyelenggaraan kecil untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
  7. Mengendalikan urusan perolehan untuk PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
  8. Menyelaras urusan keperluan bangunan dan perolehan sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD.
  9. Penyelarasan akaun (termasuk sekolah-sekolah bukan PTJ).
  10. Memantau perbelanjaan dan transaksi di PPD dan sekolah-sekolah bukan PTJ.
  11. Menguruskan penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah bukan PTJ.
  12. Menguruskan keselamatan di PPD sentiasa terjaga.

 

SUMBER MANUSIA,  ICT & PENTADBIRAN AM

  1. Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah.
  2. Menguruskan hal perkhidmatan kakitangan di PPD.
  3. Mentadbir pengurusan HRMIS.
  4. Menguruskan program latihan kepada guru dan bukan guru di peringkat daerah.
  5. Menguruskan pentadbiran am di PPD.
  6. Melaksanakan pengurusan integriti di peringkat daerah.
  7. Menyelaras dan mengendalikan penyelenggaraan perkakasan dan  perisian sistem aplikasi.
  8. Menyelaras dan mengendalikan Latihan penggunaan sistem aplikasi.
  9. Melaksanakan kajian dan ulasan permohonan perolehan  perkakasan komputer.
  10. Menyelaras pemprosesan sistem aplikasi pengurusan dan penganalisaan data.
  11. Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah.
  12. Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi.
  13. Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.
  14. Menyelenggara hardware dan sistem aplikasi di PPD dan sekolah.
  15. Menyelenggara pengkalan data dan automasi proses.

 

 

 

                                                                                                       

                                                                                                             

PIAGAM PELANGGAN

 

Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Pitas bertekad untuk :

 

 

1.         Memastikan semua kanak-kanak dengan mengutamakan warga mengikut umur yang ditentukan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

2.       Menguruskan pertukaran dan perpindahan pelajar dengan segera berdasarkan keperluan dan kekosongan tempat.

3.       Menguruskan penempatan dan pertukaran guru dengan cepat dan tepat berdasarkan keperluan.

4.       Sentiasa mengeratkan hubungan kemanusiaan dan memberi layanan cemerlang kepada pelanggan menerusi konsep mesra adil, bersopan, jujur dan ikhlas.

5.       Memberi layanan mesra, cekap, tepat dan integriti kepada pelanggan setiap masa.

6.       Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, Murid, Guru,AKS dan Komuniti.

7.       Memastikan sekolah-sekolah dapat diselia sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam satu tahun dalam semua aspek pengurusan.

8.       Menyediakan data dan maklumat asas yang tepat serta sahih.

9.       Sentiasa berusaha memastikan segala program pendidikan dilaksanakan dengan sempurna.

10.     Memastikan setiap arahan dan surat dari pihak JPN dan KPM diambil tindakan selewat lewatnya 3 hari selepas surat atau arahan diterima dan menghantar                                   laporan dengan kadar yang segera kepada JPN dan KPM yang diperlukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 

 

 

View My Stats