Pejabat Pendidikan Daerah Beluran

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Selasa, 19 November 2019

 


Pejabat Pendidikan Daerah Beluran

Peti Surat 27, 90107 Beluran, Sabah.

No. Tel : 089-511303
No. Faks : 089-511059

e-MEL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.




OBJEKTIF

SEJARAH / LATAR BELAKANG

Latar Belakang Pejabat Pendidikan Daerah Beluran
 

Daerah Beluran mempunyai keluasan 7,717 km persegi (2,979 batu persegi). Keluasan tersebut hampir menyamai negeri Selangor (7,930.20km²). Dengan kedudukan geografinya yang luas, berbukit-bukau, ada pulau dan aliran sungai, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan dalam usahanya untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid di daerah ini.

Pejabat Pendidikan Daerah Kecil Beluran ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1974. Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat ini ditadbir oleh seorang Penyelia Pendidikan Daerah. Bermula tahun 1982, perjawatan di Pejabat Pendidikan Daerah tersebut telah ditambah dengan memasukkan beberapa orang Penyelia Kanan Daerah dan dua orang Pembantu Tadbir Rendah. Walau bagaimana pun, pentadbiran pejabat ini masih di bawah naungan Pejabat Pendidikan Bahagian Sandakan yang kemudiannya ditukar nama kepada Pejabat Pendidikan Gabungan Sandakan yang terletak di bangunan Rumah Persekutuan, Daerah Sandakan. Pada mulanya, bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Kecil Beluran menumpang di kawasan tanah SMK Beluran yang kemudian berpindah dan menumpang kawasan tanah SK Pekan Beluran. Bangunan pejabat ini telah beberapa kali diubahsuai bagi menambah keluasan bangunan tersebut bagi memberikan ruang yang lebih luas dan selesa kepada staf untuk melaksanakan tugas-tugas mereka.

Pada masa ini, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran mempunyai 33 orang pegawai dan 10 orang anggota kumpulan pelaksana. Pejabat ini diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah dan dibantu oleh 6 orang ketua unit, 3 orang Penolong PPD, 6 orang Penyelia Pendidikan Daerah, 1 orang pegawai SIP+, 9 orang SISC+ dan 5 orang pegawai FasiLinus.

Pejabat ini berperanan untuk menguruskan dan mentadbir semua hal berkaitan pendidikan dalam Daerah Beluran. Pada masa ini, jumlah sekolah di bawah pengurusan pejabat ini ialah 46 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah.

 

6 buah sekolah menengah :-

1)    Sekolah Menengah Kebangsaan Balaban Jaya

2)    Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran

3)    Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II

4)    Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol

5)    Sekolah Menengah Kebangsaan Simpangan

6)    Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut

 

46 buah sekolah rendah :-

1)    Sekolah Kebangsaan Abuan

2)    Sekolah Kebangsaan Balaban Jaya

3)    Sekolah Kebangsaan Basai Baru

4)    Sekolah Kebangsaan Bawang

5)    Sekolah Kebangsaan Binsulung

6)    Sekolah Kebangsaan Botition

7)    Sekolah Kebangsaan Bukit Besi

8)    Sekolah Kebangsaan Golong

9)    Sekolah Kebangsaan Jambongan

10)  Sekolah Kebangsaan Jaya Bakti

11)  Sekolah Kebangsaan Kabuluh

12)  Sekolah Kebangsaan Keniogan

13)  Sekolah Kebangsaan Kolapis

14)  Sekolah Kebangsaan Lidong

15)  Sekolah Kebangsaan Limau-Limau

16)  Sekolah Kebangsaan Lingkabau

17)  Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya

18)  Sekolah Kebangsaan Maidan

19)  Sekolah Kebangsaan Malalin

20)  Sekolah Kebangsaan Matanggal

21)  Sekolah Kebangsaan Monopod

22)  Sekolah Kebangsaan Moynod

23)  Sekolah Kebangsaan Nangoh

24)  Sekolah Kebangsaan Obah

25)  Sekolah Kebangsaan Pamol

26)  Sekolah Kebangsaan Pantai Boring

27)  Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran

28)  Sekolah Kebangsaan Perancangan

29)  Sekolah Kebangsaan Pinangkau

30)  Sekolah Kebangsaan Semawang

31)  Sekolah Kebangsaan Seri Pagi

32)  Sekolah Kebangsaan Simpangan

33)  Sekolah Kebangsaan Sualok

34)  Sekolah Kebangsaan Sungai Nafas

35)  Sekolah Kebangsaan Sungai Nangka

36)  Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi

37)  Sekolah Kebangsaan Sungai-Sungai

38)  Sekolah Kebangsaan Tagas-Tagas

39)  Sekolah Kebangsaan Tampat

40)  Sekolah Kebangsaan Tangkarason

41)  Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis

42)  Sekolah Kebangsaan Terusan Sugut

43)  Sekolah Kebangsaan Tetabuan

44)  Sekolah Kebangsaan Ulu Muanad

45)  Sekolah Rendah Kebangsaan Holy Cross

46)  Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Sabapalm

 

 

FUNGSI

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

 1. Membuat pencerapan, penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah;

 2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah;

 3. Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan perkembangan pegawai pendidikan mengikut bidang yang ditentukan bagi jangka pendek dan sederhana;

 4. Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkah-langkah pemulihan;

 5. Menggembeling guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.

 6. Bekerjasama dengan PKG, BTPN dalam aspek teknologi pendidikan dan pelaksanaan kurikulum sekolah bestari;

 7. Memantau, menyelaras dan memastikan pentaksiran berasaskan sekolah bagi setiap mata pelajaran yang ditetapkan

 

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

 1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah, menengah termasuk institusi pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD;

 2. Penempatan dan Pertukaran guru dalam daerah;

 3. Penempatan dan Kemasukan murid di daerah;

 4. Kelulusan permohonan guru ganti , KGSK;

 5. Panel pergerakan gaji dan nilaian prestasi;

 6. Kelulusan Cuti Guru Besar / Pengetua;

 7. Kelulusan permohonan pelancongan/pendaftaran PIBG;

 8. Pendaftaran kemasukan murid asing;

 9. Menyelia dan Menyelaras Pendidikan Khas/ Pendidikan Swasta di peringkat daerah;

 10. Mengurus kebenaran mengutip derma

 11. Mengurus kebenaran membuat kajian

 12. Mengurus kelulusan permohonan membuat lawatan oleh sekolah

 13. Mengurus tugas-tugas protokol

 14. Mengurus latihan untuk pegawai dan staf

 15. Mengurus latihan LDP untuk sekolah

 

UNIT PENGURUSAN KEMANUSIAAN

 HAL EHWAL MURID

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid

 • Pengurusan Asrama Sekolah

 • Biasiswa / Bantuan Pelajar Miskin dan lain-lain bantuan pendidikan

 • Bantuan Skim Pinjaman Buku teks

 • Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid

 • Program Pendidikan Pencegahan Dadah kerjasama dengan agensi lain

 

 KOKURIKULUM

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • aktiviti kelab/persatuan dan badan beruniform di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus penasihat kokurikulum kepada guru-guru

 • kerjasama dengan agensi lain

 2 Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

 

SUKAN

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Aktiviti sukan di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus kejurulatihan sukan kepada guru-guru

 • Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan

 2 Urusetia sukan MSSD

 3 Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

 

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

 1. Mengurus dan mengendalikan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah.

 2. Mengurus dan mengendalikan PTK diperingkat daerah;

 3. Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah;

 4. Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksaan;

 5. Urusetia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah;

 6. Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran Sekolah dalam daerah;

 7. Mengurus keselamatan peperiksaan di daerah;

 8. Merancang,mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperiksan di daerah;

 9. Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperiksaan di daerah;

 10. Memberikan khidmat nasihat tentang peperiksaan awam di peringkat daerah;

 11. Memberi maklumat yang tepat, cepat dan jitu tentang peperiksaan di daerah.

 

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

 1. Mengurus, menyelaras aktiviti Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam /Moral.

 2. Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam /Moral;

 3. Menganalisa peperiksaan PAFA dan yang berkaitan;

 4. Penempatan /Pertukaran Guru Agama;

 5. Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama;

 6. Menyelaras pembangunan dan perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan.

 

UNIT PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN

1. Membantu membuat unjuran keperluan dan merancang prasarana pendidikan dari segi fizikal di peringkat daerah.

 2. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan prasarana pendidikan khususnya di sekolah;

 3. Menguruskan tender dan sebut harga di peringkat daerah (yang berkaitan);

 4. Pemantauan bekalan peralatan dan perabot untuk sekolah / asrama.

 5. Mengumpul maklumat berhubung dengan pembangunan dan tapak projek;

 6. Bertanggunjawab terhadap pemantauan dan pembayaran melalui sistem PMS;

 7. Menghadiri mesyuarat tapak dan menyediakan laporan.

 

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT

 1. Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah;

 2. Menguruskan kemasukan data, pencetakan laporan dan analisa data;

 3. Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi;

 4. Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.

 5. Menyediakan khidmat sokongan teknikal

 6. Menyelaras dan menyenggara laman web

 7. Menyelia keselamatan sistem maklumat PPD

 

UNIT AKAUN & KEWANGAN

1. Mengurus dan menyelaras urusan kewangan peringkat daerah;

2. Mengurus hal ehwal pembayaran gaji, tuntutan perjalanan/perpindahan dan lain-lain di peringkat daerah;

3. Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil;

4. Mengawal selia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat;

5. Mengawalselia rekod kewangan dan akaun (Buku Vot, daftar bil dan sebagainya);

6. Menyediakan belanjawan tahunan;

7. "Melaksanakan sistem kewangan secara elektronik;"

8. Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.

 

UNIT PENTADBIRAN

1. Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran am peringkat daerah;

2. Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah;

3. Menguruskan rekod harta tetap dan pelupusan;

4. Menguruskan buku rekod perkhidmatan ( BPK )

 

UNIT JAMINAN KUALITI

 1. Bertindak sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar

 2. Mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hand-on kepada pengurus dan pendidik di sekolah

 3. Membantu pengurus sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran

 4. Melatih pemikiran pengurusan sekolah ke arah lebih berfikiran positif dan dinamik

 5. Membantu dalam memperkasakan sekolah

 6. Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan PPD dan semua urusan mendapatkan maklum balas minit mesyuarat pengurusan di peringkat PPD yang di tentukan oleh pihak pengurusan atasan

 7. Menyelarsakan pelaksanaan sistem penguruan perkhidmatan awam dan pekeliling perkhidmatan lain yang berkaitan

 8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia

 9. Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi

 10. Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat PPD.

 11. Merancang,menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi


 

PIAGAM PELANGGAN




SLOGAN

 

 
 
View My Stats