Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Isnin, 24 April 2017

Feed Display

Tiada URL suapan yang dinyatakan.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU

Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Peti Surat 499,
91007 Tawau, Sabah.
Pejabat Am : 089-778102 No. Faks : 089-763446
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau :
Encik Darman Shah Bin Hj Asakil
DG54

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau :
Tuan Hj Abdul Hadi Bin Abdul Karim
DG48

 

Pengurus Portal :
Andi Buanah Jalil
DG34

 

 LATAR BELAKANG PPD TAWAU

 

LATAR BELAKANG
 
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU (1964-2009)
 
Zaman pemerintahan penjajahan British, Pejabat Pendidikan Bahagian Tawau belum wujud lagi. Semua pengurusan dan pentadbiran pendidikan diuruskan dibawah kuasa pejabat Pelajaran Bahagian Sandakan. Selepas Sabah mencapai kemerdekaaan, Pejabat Pelajaran Bahagian Tawau telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1964 di Pejabat Tanah dan Ukur, Tawau. Pegawai Pendidikan Bahagian Tawau yang pertama ialah Mr. D. A Price berbangsa Inggeris dan beliau merupakan mantan Pengetua Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Kemudian Pejabat Pendidikan Bahagian Tawau dipindahkan ke Bangunan Hospital Tawau di mana 5 orang pegawai sahaja yang bertugas pada ketika itu. Selepas itu pejabat pendidikan dipindahkan ke bangunan Bandar Sabindo dan Datuk Amir Bek Husain adalah pegawai yang berkhidmat pada masa itu. Beliau berkhidmat sebagai pegawai pelajaran dari tahun 1978 hingga 1989. Seterusnya pejabat pendidikan berpindah ke Wisma Persekutuan Tawau sehingga sekarang. Dalam struktur gabungan, Pejabat Pelajaran Gabungan Tawau terdiri daripada dua daerahiaitu Tawau dan Semporna. Pada tahun 2009 Pejabat Pelajaran Gabungan Tawau sekali lagi berubah dan dapat berdiri sendiri dengan nama Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.Sekarang dipanggil Pejabat PENDIDIKAN Daerah Tawau.
 

 

 CARTA ORGANISASI

 
 

 MOTO

 

MOTO

 

~ SENTIASA DI HADAPAN ~

 


 OBJEKTIF

 

OBJEKTIF

Pejabat Pendidikan Daerah Tawau


1. Melaksanakan semua dasar dan program Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan dan pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum.

3. Memantapkan pengurusan organisasi.

4. Ketelusan dalam pengurusan sumber.

5. Mendapat pencapaian yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM.


 

 FUNGSI DAN PIAGAM PELANGGAN

 

 

 

FUNGSI
 
Memungut, memproses, menyimpan, mencapai dan menyebar data / maklumat bagi menyokong aktiviti utama pengurus dan pembuat keputusan di sekolah, PPD, JPN dan KPM.


PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU

 

 

Kami warga Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga serta usaha kami untuk mempastikan ;

 

1.Sistem pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau akan memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020.

 

2.Semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan.

 

3.Semua guru yang telah ditetapkan bertugas di sekolah masing-masing dalam gabungan hadir bertugas pada hari persekolahan.

 

4.Setiap tawaran kursus yang ditawarkan melalui pejabat ini akan diambil tindakan segera sebaik sahaja diterima di pejabat ini.

 

5.Kami bersedia menerima pandangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan diperingkat gabungan khususnya dan negara amnya.

 

6.Setiap kekosongan jawatan penting di pejabat dan sekolah akan diambil perhatian dan tindakan segera untuk dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Sabah dalam tempoh seminggu selepas mendapat maklumat.

 

7.Semua tuntutan dan pembayaran am akan diproses untuk dikemukakan ke Jabatan Akauntan Negeri, cawangan Tawau dalam tempoh 10 hari berkerja dari tarikh penerimaannya.

 

8.Semua masalah penyelangaraan bangunan diambil perhatian dan tindakan susulan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaannya.

 

9.Setiap sekolah dalam daerah Tawau akan diselia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan laporan akan diperolehi dalam 14 hari berkerja selepas tarikh lawatan.

 

10.Semua permohonan pertukaran yang dikemukakan akan diproses dan diambil tindakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh penerimaannya.

 

 

 

 


alt
CERTIFIED TO ISO 9001:2008, CERT N0: AR 4166

Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan: 089-755777

Unit Pengurusan Akademik: 089-779105, 089-777106, 089-770108, 089-779109;

Unit Penilaian dan Peperiksaan: 089-778104; 

Unit Pendidikan Islam: 089-779107; 

Unit Pengurusan Sekolah:089-755121; Faks: 089-755120; 

Unit Prasekolah: 089-779126; 

Unit Pembangunan Kemanusiaan: 089-762282; Faks: 089-764664; 

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi: 089-762069; 

Unit Pembangunan dan Bekalan: 089-770117; 

Unit Psikologi dan Kaunseling: 089-760118; 

Unit Kewangan: 089-770116; Faks: 089-776476; 

 

 
 
View My Stats