Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

No Tel: 088-537010
No Faks:088-310724

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ketua Sektor: Ir.Datu Jamigul Bin Hj.Datu Salin
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

"SELANGKAH KE HADAPAN MENDEPANI PERUBAHAN"

 

 

 

CARTA ORGANISASI

 

 

 

 

 

VISI DAN MISI JPN SABAH

 

 

 

 

               

 

 

OBJEKTIF SEKTOR  

 

 

Memberi khidmat bantu dan sokongan dalam pembangunan sahsiah, kesihatan, kepimpinan dan kerjaya pelajar menjurus ke arah kecemerlangan pendidikan.

 

Memupuk bakat, minat dan kepimpinan pelajar melalui persatuan/kelab dan pasukan Unit Beruniform serta sukan, permainan dan seni mengarah kepada pembentukan individu yang berwatak

 

 

Mengawal dan mendidik pelajar agar sekolah bebas tanpa dadah

 

Menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat dan agensi-agensi luar demi membantu pelajar ke arah pembangunan kemanusiaan yang sempurna. 

 

 

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN  SEKTOR

 

 

Kami warga SPK berjanji :

 

1.Memastikan semua urusan pentadbiran, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti murid dilaksanakan secara cekap, tepat, selamat dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

 

2.Sebarang permohonan dan rayuan kepada sektor ini akan diberi  jawapan dalam tempoh 2 minggu.

 

3.Memastikan bantuan persekolahan murid disampaikan dalam tempoh 14 hari.

 

4.Memastikan pembentukan sahsiah murid yang mantap  melalui pelaksanaan program Pemantapan Disiplin dan  Peningkatan Jati Diri Murid.

 

5.Memastikan potensi murid dapat dikembangkan bagi memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui aktiviti dan kegiatan dalam bidang sukan dan kokurikulum. 

 

6.Berusaha menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat dan agensi luar demi membantu ke arah pembangunan modal insan yang gemilang.

 

Sektor Pembangunan Kemanusiaan sentiasa bersedia menerima pandangan, teguran dan cadangan daripada pelbagai pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

 

 

 

 

 

FUNGSI - FUNSI  SEKTOR

 

 

      HAL EHWAL MURID (HEM)

      Merancang, melaksanakan dan menyelaras :

· Program Bimbingan dan Kaunseling Murid

· Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid

· Pengurusan Biasiswa Murid

· Pengurusan Bantuan Kebajikan Murid

· Pengurusan Kesihatan

· Pengurusan Asrama

· Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks

 

 

 

SUKAN

      Merancang, melaksanakan  dan menyelaras :

¨ Aktiviti sukan di peringkat  zon, daerah, negeri dan kebangsaan

¨ Kursus-kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan kepada guru-guru

¨ Memantau dan menilai perlaksanaan program sukan di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

 

 

PUSAT KO-KURIKULUM

        Merancang, melaksanakan dan menyelaras :

· Aktiviti Pendidikan Luar

· Kursus/bengkel/seminar untuk Jurulatih Pusat Kokurikulum

· Pengurusan dan penyelarasan Pusat Kokurikulum  negeri dan daerah

· Mengurus dan menyelenggara Pusat Ko-Kurikulum

 

 

KOKURIKULUM

* Menggalak dan menyemarakkan aktiviti kokurikulum secara menyeluruh dan bersepadu dalam  kalangan pelajar di sekolah dan daerah

* Merancang dan mempelbagaikan aktiviti kokurikulum secara menyeluruh dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

* Menyelaras aktiviti kokurilum yang melibatkan kerjasama Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan

* Memastikan dasar-dasar berkaitan kokurikulum  dipatuhi dan dihayati oleh pihak sekolah

 

 

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA)

      Merancang, melaksanakan dan menyelaras :

· Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah

· Kursus/bengkel/seminar yang berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada guru-guru

· Pertandingan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah

· Kerjasama agensi lain dalam aktiviti pencegahan dadah

· Memantau dan menilai perlaksanaan pendidikan pencegahan dadah