Sektor Pendidikan Islam

Sabtu, 25 Mac 2017

 

 

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

TINGKAT 5, RUMAH PERSEKUTUAN

JALAN MAT SALLEH,

88604, KOTA KINABALU

 

 

 

 

KETUA SEKTOR

DR HJ. MOHD KASSIM BIN TUSIN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Visi dan Misi
Objektif

 

  • Objektif

    1. Operasi Institusi Pendidikan Agama SMKA,SABK, KAA & SAR Negeri Sabah dilaksanakan mengikut dasar KPM dan ditadbir urus dengan cemerlang.

    2. Perancangan, pengurusan dan penyelarasan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat dilaksanakan secara berkesan dalam memenuhi aspirasi negara.

    3. Pelaksanaan Kurikulum Bidang Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Program j-QAF, Kelas Kemahiran Al-Quran dan Akademik IPA dengan peningkatan capaian prestasi setiap tahun.

    4. Pembangunan Profesional Dan Penyelidikan Bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah dapat menjana kecemerlangan.

    5. Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Program Kualiti, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Smart  Planing Enhances Education Dynamic (SPEED),System Star Rating (SSR), MS ISO 9001:2008 dan Amalan 5S menepati standard secara berterusan.

Piagam Pelanggan Fungsi

 

Kami warga Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menggembleng seluruh tenaga dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui usaha-usaha berikut :   

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra kepada pelanggan.
  • Penempatan murid ke Tingkatan 1 SMKA dan SMK(KAA) dalam tempoh 30 hari selepas keputusan UPSR diumumkan.
  • Penempatan murid ke Tingkatan 4 SMKA dan SABK dalam tempoh 14 hari selepas PT3.
  • Pertukaran pelajar SMKA dan SABK dalam tempoh 3 hari (dokumen lengkap) dari tarikh terima permohonan.
  • Penempatan guru ke SMKA & SABK dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima senarai sepadu Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memproses semua permohonan pertukaran guru SMKA dan SABK secara online.
  • Memastikan program dan aktiviti kecemerlangan akademik, penghayatan fardhu ain dan pembinaan sahsiah pelajar dilaksanakan dengan berkesan.
  • Memastikan SMKA. SMK(KAA), SABK dan SARKAFA diselia minima 2 kali setahun.
  • Memastikan 50 buah sekolah rendah dan 50 buah sekolah menengahNegeri Sabah dapat diselia dalam setahun.
  • Memastikan maklumbalas aduan dan surat menyurat dalam tempoh 7 hari dari tarikh diterima.
  • Mengamalkan permuafakatan dalam melaksanakan kecemerlangan pendidikan.
  • Menerima idea, syor, pandangan dan teguran positif demi peningkatan prestasi Sektor Pendidikan Islam.

 

Pengurusan Sumber

  • Mempastikan penempatan dan pertukaran GPI lancar dan memenuhi keperluan sekolah.
  • Mempastikan maklumat guru, murid dan kelas dikumpul, dikemaskini dan dikeluarkan secara cepat dan sistematik selari dengan EMIS.
  • Mempastikan SMKA, KAA dan SAR sentiasa mencapai pembangunan fizikal dan sumber manusia yang mencukupi.
  • Mempastikan kewangan diurus dengan kemaskini.

Kepimpinan dan Kerohanian

  • Merancang dan menyelaras aktiviti dakwah ke arah kecemerlangan melalui penyampaian risalah Islam dan pembangunan potensi guru, pelajar dan ibubapa dalam memenuhi aspirasi negara.

 

Kurikulum

  • Mempastikan Kurikulum Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan Islam & Elektif dan j-QAF dipantau supaya memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan.
  • Melibatkan GPI dan GBA dan j-QAF dalam kursus-kursus kurikulum dan kemahiran P & P.
  • Mempastikan keputusan matapelajaran PI, BA dan Elektif di peringkat PMR, SPM dan STPM menyaingi peringkat kebangsaan

 

 

View My Stats