TN HJ BAD HAMID BIN HJ MUSLI

KETUA SEKTOR

GRED DG54

 

ALAMAT SEKTOR:

SEKTOR PENILAIAN & PEPERIKSAAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

TINGKAT 7, RUMAH PERSEKUTUAN

JALAN MAT SALLEH

88604 KOTA KINABALU.

NO. TEL: 088-513583

NO. FAKS: 088-213837

 

{modalimages/CAMILUS PONILAU/ks_baru.jpg

 

 

VISI DAN MISI
OBJEKTIF

VISI

Kecemerlangan dan tahap kualiti yang berterusan dari segi sahsiah, komitmen dan keprihatinan dalam pengendalian semua jenis peperiksaan, bagi menjamin semua calon yang telah mendaftar dan menduduki peperiksaan memperolehi keputusan.

FOKUS KECEMERLANGAN

Sahsiah♦KomitmenKeprihatinan

 

MISI

♦ Semua calon yang telah mendaftar dan mengambil

peperiksaan akan menerima keputusan mereka

apabila keputusan telah diumumkan dengan rasmi-

nya.

♦ Tiada kebocoran kertas soalan berlaku sehingga

tarikh dan hari peperiksaan bagi kertas berkenaan.

♦ Membekal kertas soalan dengan secukupnya.

♦ Memastikan kemudahan peperiksaan yang

sempurna dan selesa serta peralatan peperiksaan

mencukupi.

♦Memberi perkhidmatan yang mesra dan penuh

prihatin

♦Memastikan penilaian dan peperiksaan dijalankan

dengan adil, sahih dan amanah.

 

  1. Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan berasaskan sekolah, peperiksaan awam dan peperiksaan luar negara yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara.
  2. Mengawal keselamatan semua bahan sulit kerajaan dalam apa jua bentuk yang boleh menggugat keselamatan dan kepentingan negara.
  3. Memastikan perlaksanaan sistem Penilaian dan Peperiksaan dilaksanakan dengan Adil, Sahih dan Amanah.
PIAGAM PELANGGAN
FUNGSI

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGENDALIKAN PEPERIKSAAN DENGAN CEKAP, LICIN DAN SELAMAT

KAMI BERJANJI

  1. Semua calon yang telah mendaftar dapat menduduki peperiksaan.
  2. Semua calon yang menduduki peperiksaan akan mendapat keputusan peperiksaan
  3. Membekal kertas soalan dengan secukupnya.
  4. Membekal secukupnya peralatan peperiksaan dalam tempoh dua minggu sebelum peperiksaan bermula.
  5. Mentadbir peperiksaan dengan adil, sahih dan amanah.
  6. Mengurus peperiksaan dengan selamat, efesien dan dinamik.
  7. Memastikan kemudahan peperiksaan disediakan dengan sempurna dan saksama.
  8. Kemudahan semakan semula pada keputusan peperiksaan calon dan menyampaikan keputusan terkini dengan kadar segera.
  9. Memastikan bayaran tuntutan pengawas diselesaikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan borang yang telah lengkap diisi.
  10. Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra.

FUNGSI UTAMA

  1. Mengurus dan mengendalikan pelaksanaan peperiksaan awam dan luar negara oleh Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia dan Universiti Luar Negara.
  2. Mengurus dan mengendalikan pengedaran/ penyimpanan bahan SULIT peperiksaan dengan selamat termasuk bahan bertulis dan amali semua peringkat.
  3. Memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Penilaian dan Peperiksaan (UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM & MUET) dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan serta dapat menjamin kualiti.
  4. Pelaksanaan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan dan Akaun.