Sektor Psikologi dan Kaunseling

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 
 
Jumaat, 24 Januari 2020

 

 

 

Carta_Organisasi_SPsK

 

 

UNIT-UNIT

 

  1. Pengurusan Pentadbiran
  2. Profesionalisme dan Pembangunan Organisasi
  3. Perancangan dan Penyelidikan

 

 

VISI

 

Bersama Mencipta Kesejahteraan Modal Insan

 

 

MISI

 

Mempertingkatkan Kesejahteraan Modal Insan Melalui Pendekatan Kaunseling dan Psikologi

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Menyediakan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi untuk kesejahteraan, individu, organisasi dan komuniti.
  2. Memberi kesedaran kepada warga JPN, PPD dan Sekolah akan kepentingan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi dalam organisasi masing-masing.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor pendidikan ke tahap optimum dan berterusan.
  4. Menyediakan pendidikan kesejahteraan mental dan emosi kepada warga JPN, PPD dan Sekolah.
  5. Melaksanakan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
  6. Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stakeholder.

 

Objektif

 

  1. Melaksanakan Garis Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan Malaysia di peringkat negeri.
  2. Menyediakan dan melaksanakan Program Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi serta mempertingkatkan kualiti dan produktiviti dalam Pengurusan Modal Insan.
  3. Menyelaras data dan menyediakan laporan pelaksanaan serta kemajuan program bagi Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kepada Bahagian Psikologi Dan Kaunseling (BPsK) Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. Menyediakan laporan penilaian keberkesanan Perkhimatan Kaunseling dan Psikologi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

 

Fungsi

 

  1. Merancang strategik pengurusan dan pentadbiran bagi memastikan perkhidmatan kaunseling psikologi dapat dilaksanakan dengan berkesan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  2. Merancang operasi penyampaian perkhidmatan kaunseling dan psikologi dalam aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi (3Pi) bagi memastikan objektif yang ditetapkan tercapai di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  3. Merancang dan melaksanakan pembangunan kompetensi dan kualiti Kaunselor Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  4. Memastikan Standard Perkhidmatan Kaunseling Psikologi dipatuhi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah melalui kaedah pemantauan dan penyeliaan bagi mencapai objektif perkhidmatan kaunseling psikologi.
  5. Mentadbir Urus pengurusan data maklumat perkhidmatan kaunseling psikologi di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi memastikan objektif perkhidmatan kaunseling psikologi tercapai.
  6. Melaksanakan khidmat kepakaran kaunseling/bimbingan/konsultasi/advokasi kepada warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kaunseling psikologi.

 

 

Slogan

 

KeranaMu,

Biar Setitik asal berkocak,

Biar Setapak asal bergerak.

 

 

 

View My Stats