Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Sabtu, 25 Mac 2017

 

 

Soalan Lazim PERKHIDMATAN

Soalan Lazim KEMUDAHAN SARAAN

 

Soalan Lazim

Jawapan

 

1

Bila boleh dibuat pergerakan gaji tahunan pegawai?

Apabila menerima surat kelulusan pergerakan gaji daripada pegawai

 

2

 

Berapa lama gaji seseorang pegawai yang berpindah masuk atau keluar tempat bertugas dari ibu pejabat ke tempat bertugas baru

Setiap pegawai yang berpindah hendaklah memaklumkan perpindahannya dan disertakan bersama surat pertukaran selewat-lewatnya tidak lebih dari 3 bulan dari tarikh kuatkuasa pertukaran

 

3

 

Bilakah permohonan kelulusan penangunangan kerja boleh dikemukakan

Dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh diarahkan menanggung kerja.

 

4

 

Bolehkah pegawai yang baru seminggu menanggung kerja mengambil cuti rehat

Pegawai yang baru diberi kelulusan menanggung kerja tidak boleh cuti rehat.

 

5

 

Bolehkah guru akademik biasa menanggung kerja guru penolong kanan

Boleh dengan syarat ada penolakan dari guru penolong kanan yang lain.

 

6

 

Bolehkah jawatan guru penolong kanan mata pelajaran dan guru penolong kanan tingkatan 6 ditanggung kerja

Tidak boleh kerana jawatan ini tidak praktikal untuk ditanggung kerja

 

7

 

Sekiranya pegawai yang menanggung kerja pergi berkursus selama 20 hari adakah penanggungan kerja masih boleh diteruskan

Jika penanggungan kerja terputus 14 hari atau lebih Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru kepada pihak berkuasa melulussama ada meneruskan penanggungan kerja pegawai berkenaan atau memperaku pegawai lain.

8

Berapa lamakah proses kelulusan permohonan kemudahan rawatan

3 hari  kelulusan dikeluarkan bagi permohonan yang telah disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

9

Adakah kemudahan rawatan ini akan menjejaskan gaji pencen atau ganjaran di akhir perkhidmatan

Tidak, kemudahan rawatan perubatan adalah kemudahan yang diberikan kepada semua pegawai sektor awam oleh Kerajaan Malaysia

10

Berapa kali boleh menggunakan kemudahan rawatan

Boleh digunakan pada bila-bila masa bila diperlukan

 

11

Berapa lamakah surat sokongan diperoleh dari Kementerian Kesihatan Malaysia

30 hari, ini adalah disebabkan jarak negeri Sabah dan Semananjung yang jauh.

12

Berapa lamakah proses pembayaran

Tidak lebih dari 14 hari dari baucer dikemukakan ke Unit Akaun tidak termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan AM

 

13

Bagi mana mengira kelayakan cuti tanpa gaji

Bergantung berapa lama berkidmat . Setahun 30 hari maximum 360 hari

14

Adakah garis panduan penurunan kuasa untuk sekolah atau Pegawai Pendidikan Daerah meluluskan cuti

Sekolah dan Pegawai Pendidikan Daerah diminta merujuk Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil.1 Tahun 2009 yang telah diedarkan oleh jabatan pada 27.09.2011 bil .JP(sb)900/(03)01/01

15

Sekiranya cuti bersalin habis kelayakan apakah cuti yang boleh digunakan

Cuti seperuh gaji 2 minggu dan selebihnya cuti tanpa gaji

16

Saya merupakan salah seorang guru “Unified Teacher Service” (UTS) yang mengalami penurunan gaji apabila dilantik ke jawatan tetap sebagai PPP B1/B2/C02. Sebilangan besar rakan rakan saya telah menerima tunggakan pelarasan gaji dan menerima pelarasan faedah-faedah  persaraan. Tetapi sehingga kini saya belum menerima pembayaran tunggakan gaji tersebut.

 

Untuk makluman tuan, Pembayaran tunggakan gaji bagi guru-guru          “Unified Teacher Service” (UTS) dibayar berdasarkan senarai nama pegawai yang terdapat dalam memorandum daripada Kementerian Pelajaran No. 274/2217/2000 bertarikh 9 Mei 2000 yang melibatkan seramai 123 orang guru UTS bagi Fasa Pertama dan memorandum ini juga dipanjangkan kepada seramai 38 orang pegawai bagi Fasa Kedua.  Bagi tujuan penyemakan senarai nama pegawai yang terlibat, pegawai boleh merujuk ke Unit Kemudahan dan Saraan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tingkat 4, Rumah Persekutuan.

17

Seorang Pegawai telah bersara pada 1 Januari 2016 tetapi pergerakan gaji pegawai adalah pada 1 Oktober 2016. Layak kah pegawai menerima pergerakan gaji pada tahun 2016.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015  telah memperuntukan bahawa pegawai yang bersara wajib/paksa  layak menerima pergerakan gaji sehari belum tarikh persaraan pegawai sekiranya tarikh persaraan pegawai lebih awal daripada tarikh pergerakan gaji pegawai pada tahun persaraan pegawai.

Contoh:

Tarikh Persaraan : 1 Mei 2016

Tarikh Pergerakan Gaji : 1.10.2016

Pembayaran pergerakan gaji boleh dibayar pada tarikh terakhir pegawai berkhidmat iaitu pada  30 April 2016.

Walau bagaimanapun memandangkan pegawai telah bersara pada 1 Januari 2016 dan tarikh terakhir pegawai berkhidmat

 

18

Berapakah umur bersara wajib yang boleh diambil oleh penjawat awam?

Umur 55, 56, 58, dan 60 Tahun

19

Apakah itu GCR?

GCR adalah Award wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkah kepentingan perkhidmatan

20

Bilakah pembayaran GCR dibuat?

Pembayaran award wang tunai akan dibuat pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara tetapi bagi pegawai yang meninggal dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.

21

Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara pilihan?

Seksyen 12, Akta Pencen 1980( Akta 227 ) memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan. Sekiranya berumur sekuruang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.

Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 12(3) akta 227 mermperuntukkan seperti berikut :

1. bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan.

2. Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.04.1991 pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

Soalan Lazim PERJAWATAN

  SOALAN LAZIM JAWAPAN
1.

Apakah yang dimaksudkan jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP)?

Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah jawatan yang diwujudkan bagi membolehkan penempatan seseorang pegawai dimana gred hakikinya lebih tinggi atau rendah daripada gred hakiki jawatan.

2.

Bagaimana asa pengiraan norma perjawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah?

Perkiraan perjawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah adalah berdasarkan perjawatan dalam norma atau luar norma. Selain itu, kelayakan perjawatan juga adalah berdasarkan bilangan kelas yang beroperasi dan enrolmen murid di sesebuah sekolah.

3.

Bagaimanakah pihak sekolah boleh menyemak peruntukan perjawatan mengikut kelayakan norma perjawatan?

Pihak sekolah boleh menyemak peruntukan perjawatan yang layak berdasarkan norma perjawatan melalui Modul Data E-Operasi dengan memuat turun Sijil Kelulusan Perjawatan Sekolah.

Soalan Lazim KEWANGAN

Soalan Lazim AKAUN

Soalan Lazim NAIK PANGKAT

Urusan Kenaikan Pangkat

 

SOALAN LAZIM

JAWAPAN

1.

Bagi urusan kenaikan pangkat TBBK adakah calon yang layak perlu memohon urusan tersebut?

 

Semua urusan kenaikan pangkat TBBK adalah tanggungjawab Ketua Jabatan (Ketua Jabatan/PPD/Pengetua/Guru Besar) memperaku bagi calon-calon yang layak dan memenuhi syarat.

 

2.

Sebagai Ketua Jabatan ingin memperakukan calon-calon yang layak dibawah penyeliaan saya. Namun, apabila masuk ke dalam iklan TBBK dalam sistem ePangkat terdapat nama yang dipaparkan dan ada nama yang tidak dipaparkan. Mengapa perkara ini boleh berlaku?

Kegagalan mengemaskini maklumat calon sebab utama nama calon tidak dipaparkan di dalam iklan berkenaan. Sila pastikan setiap perkara berikut dibuat:

i)       Maklumat dalam sistem eOperasi dikemaskini

ii)     Gred Hakiki penyandang diisi

iii)   LNPT terkini kemaskini

iv)    Tarikh naik pangkat di setiap gred dikemaskini

v)      Pengisytiharan harta dikemaskini

vi)    Sahkan semua maklumat pegawai di dalam modul semakan dan ‘klik’ butang ‘hantar pengesahan’

3.

Adakah calon yang tidak mencapai markah wajaran LNPT yang telah ditetapkan layak untuk mengisi borang KC?

 

TIDAK. Hanya calon yang mencapai markah wajaran LNPT 80% dan ke atas sahaja yang layak mengisi Borang KC. Dalam sistem ePangkat, hanya calon yang layak sahaja akan dipaparkan. Manakala calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat tidak akan dipaparkan.

4.

Adakah Ketua Jabatan perlu menunggu sehingga iklan TBBK dibuka sebelum membuat penilaian KC kepada calon yang layak?

TIDAK. KC boleh dibuat dan dinilai sebelum iklan dibuka. Dengan berbuat demikian, Ketua Jabatan hanya tinggal memasukkan markah ke dalam sistem ePangkat dan memperakukan calon yang layak apabila iklan dibuka.

5.

Sekiranya calon berkhidmat kurang daripada 6 bulan di tempat baru, siapakah yang akan menilai KC calon tersebut?

 

Ketua Jabatan di tempat lama akan menilai calon dan mengemukakan Borang KC kepada Ketua Jabatan baru. Perakuan melalui ePangkat akan dilaksanakan oleh Ketua Jabatan Baru.

6.

Berapakah tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat gred DG29-DG32, DG32-DG34 dan DG34-DG38?

Tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat gred DG29-DG32 dan DG32-DG34 ialah 8 tahun. manakala DG34-DG38 ialah 5 tahun.

7.

Bagaimanakah pemarkahan keseluruhan bagi urusan kenaikan pangkat TBBK?

 

Bagi urusan TBBK ini, seseorang PPP perlu melepasi wajaran pemarkahan keseluruhan iaitu:

60% wajaran markah LNPT + 40% markah KC iaitu sekurang-kurangnya 80%.

8.

Sekiranya seorang PPP telah mengambil CTG atas urusan peribadi dan layak untuk dinaikkan pangkat mengikut tempoh perkhidmatannya. Adakah ini mempengaruhi kelayakannya>

Ya. PPP yang ada mengambil CTG layak dinaikkan pangkat setelah menimbang tempoh CTG yang diambilnya.

9.

Bagaimana untuk memperaku pegawai secara online dalam Sistem ePangkat?

 

Semua Ketua Jabatan perlu memperakukan setiap pegawai di bawah seliaan masing-masing dengan menggunakan kata laluan Ketua Jabatan sendiri berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

10.

Kenapa Ketua Jabatan tidak boleh peraku kenaikan pangkat pegawai secara online ePangkat?

Biasanya data pegawai tidak  lengkap dalam sistem ePangkat.

11.

Kenapa nama pegawai tiada dalam sistem ePangkat?

Data eOperasi pegawai tidak kemaskini atau belum didaftarkan dalam sistem ePangkat.

12.

Sekiranya iklan dalam sistem ePangkat telah dikeluarkan oleh KPM, adakah surat akan diedarkan kepada sekolah?

Ya. Unit Naik Pangkat akan mengedarkan surat siaran kepada semua PPD untuk diedarkan kepada semua sekolah dibawah seliaan masing-masing.

13.

Bilakah biasanya iklan pemangkuan dikeluarkan?

 

Iklan pemangkuan akan dikeluarkan oleh KPM sekiranya terdapat terdapat kekosongan jawatan di JPN Sabah.

14.

Saya telah menghantar permohonan urusan pemangkuan tetapi sehingga kini saya tiada menerima sebarang jawapan daripada pihak Jabatan, adakah saya telah tercicir?

Untuk pengetahuan, urusan pemangkuan tiada istilah cicir. Jika pegawai tidak menerima jawapan, itu bermakna permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

15.

Berapakah tempoh kelayakan permohonan urusan kenaikan pangkat Time-Based bagi AKP?

 

Tempoh bagi urusan kenaikan pangkat AKP yang dilantik pada tahun 1998 dan ke bawah adalah 15 tahun.

Manakala bagi lantikan 1999 dan ke atas adalah 13 tahun. Pegawai yang dilantik mulai 1 Ogos 2000 perlu mengisi Lampiran B1 iaitu Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).

16.

Apakah syarat untuk memohon jawatan Pengetua/Guru Besar?

 

i)        Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat untuk memohon jawatan Pengetua/Guru Besar mestilah lulus dan mempunyai sijil NPQEL.

ii)      Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang lulus NPQEL boleh memohon untuk hadir Pentaksiran melalui permohonan secara atas talian (ePangkat) atau secara manual apabila iklan dikeluarkan oleh KPM/JPN.

iii)    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat dan lulus pentaksiran akan diperaku ke KPM untuk kelulusan penempatan dan pertukaran.

iv)    Senarai nama yang diluluskan oleh KPM akan diserahkan kepada Unit Perjawatan untuk tujuan penempatan/pertukaran.

Urusan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

 

SOALAN LAZIM

JAWAPAN

1.

Siapakah Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) bagi semua pengetua.

Pegawai Penilai Pertama (PPP) Pengetua adalah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) adalah Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

2.

Bagaimana menilai pegawai yang diletakkan dalam jawatan kumpulan (POOL)?

 

Penilaian bergantung kepada kebijaksanaan pegawai penilai berdasarkan SKT yang diberikan kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD).

3.

Bagaimanakah cara PYD membuat penetapan SKT?

SKT hendaklah ditetapkan secara musyawarah di antara PYD dan PPP setelah mengambilkira rancangan jabatan. SKT boleh ditetapkan dalam bentuk rancangan kerja PYD seperti projek, aktiviti, perkhidmatan dan barangan yang boleh diukur dari segi kuantiti, kualiti, kos dan masa.

4.

Bagaimanakan cara PPP dan PPK memberikan penilaian bagi Kegiatan Dan Sumbangan di Luar Tugas Rasmi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Kegiatan dan Sumbangan” bermaksud penglibatan PYD dalam aktiviti sukarela di luar tugas rasmi jawatannya seperti sukan, pertubuhan atau sumbangan kreatif (misalnya penulisan, kesenian dan penemuan) yang memberikan faedah kepada organisasi, masyarakat dan Negara.

Penentuan markah bergantung kepada bentuk dan tahap penglibatan, peranan yang dimainkan atau jawatan yang disandang. Pembahagian markah adalah seperti jadual di bawah:

Peringkat Penglibatan

Pembahagian Markah

Mengikut Tahap Penglibatan

 

Kurang Aktif

Aktif

Negeri dan ke bawah

 

1,2,3,4

5,6,7,8

Negara/antarabangsa

 

4,5,6,7

8,9,10

 

5.

Apakah syarat penentuan Pegawai Penilai?

 

PPP dan PPK hendaklah mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung di antara Pegawai Yang Dinilai dan Pegawai Penilai Pertama.

PPP dan PPK tiada hubungan kekeluargaan terdekat sama ada melalui pertalian darah atau perkahwinan (suami, isteri, adik-beradik, anak saudara, mertua, menantu, ipar, sepupu atau biras) di antara PYD dan Pegawai Penilainya.

6.

Siapakah Pegawai Penilai yang perlu memberikan justifikasi setelah pemberian markah diberikan?

Pegawai Penilai yang member markah prestasi 95% dan ke atas dikehendaki mengemukakan justifikasi menggunakan seperti Lampiran D dan markah prestasi 69.99% ke bawah menggunakan Lampiran E.

Urusan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

 

SOALAN LAZIM

JAWAPAN

1.

Siapakah yang layak dipertimbangkan untuk merima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

Asas penilaian pemilihan penerima APC adalah berdasarkan kepada markah prestasi. Anggota yang mendapat markah 85 peratus dan lebih adalah layak dipertimbangkan untuk menerima APC.

 

2.

Berapakah bilangan penerima APC yang layak bagi sesebuah agensi @ organisasi?

 

Bilangan penerima APC bagi setiap agensi @ organisasi tidak boleh lebih daripada 8 peratus (8%) daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun had maksimum ini tidak semestinta dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi.

 

3.

Adakah pegawai yang berkhidmat secara Contract for Service, Guru Sandaran Terlatih dan Guru Sandaran Tidak Terlatih layak dipertimbangkan untuk pencalonan penerima APC?

 

TIDAK. Pegawai yang berkhidmat secara Contract for Service, Guru Sandaran Terlatih dan Guru Sandaran Tidak Terlatih tidak layak dipertimbangkan kerana bertaraf bukan anggota Perkhidmatan Awam.

4.

Bagaimanakah menentukan pencalonan bagi penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

 

 

 

 

 

 

 

Bilangan penerima PPC dan APC dihadkan kepada 8% daripada jumlah keseluruhan pegawai perkhidmatan awam.

 

PPC (%)

APC (%)

3

5

2

6

1

7

0

8

 

5.

Bagaimana Penarikan Balik Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)?

 

Sekiranya pegawai

i)       Telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan froud, kecurangan atau keburukan akhlak.

ii)     Hilang taraf kewarganegaraan; atau

iii)   Disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh PPSM.

 

6.

Berapakah markah LNPT yang layak menerima Pergerakan Gaji Tahunan?

 

Pegawai yang mendapat markah 50.00% ke atas adalah layak diberikan pergerakan gaji tahunan. Manakala pegawai yang memperolehi markah 49.99% ke bawah adalah tidak layak dipertimbangkan untuk menerima PGT mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1996.

 

Urusan Pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Peringkat Persekutuan Dan Negeri

 

SOALAN LAZIM

JAWAPAN

1.

Berapakah tempoh perkhidmatan yang diambil kira bagi tujuan pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat tersebut?

 

Tempoh perkhidmatan pegawai / kakitangan sekurang-kurangnya 20 tahun. Walau bagaimanapun bagi penganugerahan yang paling rendah sekurang-kurangnya 10 tahun.

 

2.

Berapakah markah prestasi calon yang layak untuk dipertimbangkan bagi pencalonan di Anugerah Darjah Kebesaran?

 

Pegawai yang menunjukkan prestasi yang baik dengan memperoleh markah purata Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (LNPT terkini).

 

3.

Selain daripada tempoh perkhidmatan dan markah LNPT. Adakah kriteria lain yang perlu dipatuhi dalam urusan pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran?

 

Pegawai yang dicalonkan juga hendaklah:

 

i)       bebas daripada siasatan/tindakan tatatertib/Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia;

ii)     telah atau sedang berkhidmat dan berjasa serta memberikan sumbangan besar terutamanya di negeri yang menawarkan pencalonan;

iii)   diperakukan oleh Ketua Jabatan

iv)    keutamaan diberikan kepada calon-calon yang belum menerima sebarang Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat tetapi telah banyak berbakti kepada Negara; dan

v)      kriteria-kriteria tambahan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa di peringkat Persekutuan, Wilayah Persekutuan dan Negeri-negeri berkenaan.

 

Urusan Pergerakan Gaji Tahunan

 

SOALAN LAZIM

JAWAPAN

1.

Berapakah markah LNPT yang layak menerima Pergerakan Gaji Tahunan?

 

Pegawai yang mendapat markah 50.00% ke atas adalah layak diberikan pergerakan gaji tahunan.

 

2.

Berapakah markah yang tidak melayakkan PYD menerima PGT?

Pegawai yang memperolehi markah 49.99% ke bawah adalah tidak layak dipertimbangkan untuk menerima PGT mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1996.

 

3.

Siapakah yang layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Secara Isyarat?

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2002 menjelaskan bawaha pegawai yang boleh dipertimbangkan untuk menerima Pergerakan Gaji Secara Isyarat adalah seperti berikut:

 

i)                    Pegawai Cuti Bergaji Penuh

ii)                  Pegawai Cuti Separuh Gaji

iii)                Pegawai Cuti Tanpa Gaji

iv)                Pegawai pinjaman/kader

 

View My Stats