Sektor Pendidikan Islam

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sabtu, 16 Disember 2017

 

 

 

SOALAN LAZIM SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

 

Unit PIPA

 

 

Soalan 1 :  Siapakah yang layak memohon masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tingkatan 1?

Jawapan :  Mereka yang layak memohon masuk ke SMKA adalah  dikalangan;

                  a) WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA dan daripada sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia, SRAR, dan SRAN yang berdaftar dengan

                      pihak berkuasa Negeri, serta Sekolah Swasta (Agama) yang berdaftar dengan KPM.

                  b) Mendapat sekurang-kurangnya 3A 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kemasukan ke SMKA dan KAA.

                  c) Keutamaan diberikan kepada murid yang berkebolehan menulis, membaca jawi dan membaca Al-Quran dengan baik.

                  d) Aktif dalam bidang Kokurikulum.

                  e) Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

                   f) Lulus Temuduga dan Ujian Saringan Hafazan (USH) bagi calon TMUA

 

 

Soalan 2 : Bagaimana cara memohon masuk ke Tingkatan 1 SMKA di Negeri Sabah?

Jawapan : Permohonan perlu dibuat secara online di laman web public.moe.gov.my melalui Guru Kelas di sekolah masing-masing. 

 

Soalan 3 : Boleh senaraikan SMKA yang boleh dipohon untuk kemasukan Tingkatan 1 di Negeri Sabah?

Jawapan : Berikut adalah senarai SMKA yang ada di Negeri Sabah ;

1.     SMKA KOTA KINABALU (TMUA)

2.     SMKA TUN AHMADSHAH, INANAM, KOTA KINABALU

3.     SMKA TUN DATU MUSTAPHA, PAPAR

4.     SMKA LIMAUAN, KIMANIS, PAPAR

5.     SMKA TUN SAID, KOTA BELUD

6.     SMKA MOHAMAD ALI, RANAU

7.     SMKA KENINGAU

8.     SMKA TUN JUHAR, SANDAKAN

9.     SMKA TUN SAKARAN, SEMPORNA

 

Soalan 4 : Bagaimana pula cara memohon ke Tingkatan 1 SMKA Kota Kinabalu kerana saya difahamkan sekolah tersebut telah dijadikan sebagai sekolah tahfiz TMUA. Boleh jelaskan?

Jawapan : TMUA adalah singkatan daripada Tahfiz Model Ulul Albab yang mana setakat ini ia hanya ada di SMKA Kota Kinabalu untuk Negeri Sabah. Untuk permohonan masuk ke Tingkatan 1 SMKA Kota Kinabalu, proses awal adalah sama seperti memohon ke SMKA yang lain. Sila rujuk pada Soalan 2. Selepas membuat permohonan secara Online, pemohon yang terpilih kemudiannya akan dipanggil untuk temuduga HAFAZAN. Kemasukan ke SMKA Kota Kinabalu adalah berdasarkan kepada keputusan UPSR dan pencapaian murid dalam temuduga tersebut.

 

Unit Pengurusan Pendidikan Islam

 

Soalan 1 : Bolehkah Guru SMKA dan SABK memohon pertukaran ke sekolah-sekolah di bahagian lain Kementerian Pendidikan Malaysia?

Jawapan : Boleh. Dengan cara, mengisi permohonan pertukaran guru antar negeri / bahagian melalui sistem online egtukar.

 

Soalan 2 : Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan penempatan dan pertukaran guru SMKA dan SABK?

Jawapan : Sektor Pendidikan Islam

 

Soalan 3 : Apakah peranan Sektor Pendidikan Islam dalam pengurusan guru pinjaman yang ditempatkan di Sekolah Agama Negeri?

Jawapan : Sektor Pendidikan Islam merupakan urusetia di peringkat negeri dalam urusan penempatan guru pinjaman yang ditempatkan di Sekolah Agama Negeri.

 

Unit Dakwah dan Kepimpinan

 

Soalan 1 : Apakah fungsi Unit Dakwah dan Kepimpinan?

Jawapan : Unit Dakwah dan Kepimpinan berfungsi mengurus dan menyelaras Majlis Tadarus Al-

                 Quran, Festival Nasyid, Nadwah Kepimpinan, Ihtifal SMKA, Hari Kebesaran Islam,

                 Majlis Khatam Al-Quran dan menangani masalah guru yang terlibat dengan ajaran

                 sesat.

 

Soalan 2 : Apakah usaha Unit Dakwah dan kepimpinan untuk mengekalkan Majlis Tadarus terus

                 berjalan walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil?

Jawapan : Unit ini akan sentiasa member sokongan dalam apa jua bentuk bagi memastikan

                  aktiviti ini terus berjalan.

 

Soalan 3 : Bilakah Tadarus Al Quran sekolah-sekolah peringkat Negeri dan Kebangsaan?

Jawapan : Majlis Tadarus AlQuran dijadualkan pada bulan April di peringkat Negeri dan Mei bagi Peringkat Kebangsaan dan ianya diadakan mengikut giliran yang                         telah ditetapkan dalam mesyuarat.

 

Soalan 4 : Adakah dibolehkan seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam menyampaikan P&P agama Islam di sekolah mengikut aliran pelbagai mahzab?

Jawapan : Merujuk kepada pekeliling ikhtisas Agama Islam Bil.1/1983 seorang guru mata

                  pelajaran Pendidikan Islam diwajibkan menyampaikan P&P agama Islam mengikut

                  sukatan yang telah diluluskan serta buku-buku teks yang digunakan berpandukan

                  kepada pandangan aliran mahzab As Shafie sahaja.

 

Soalan 5 : Adakah dibolehkan pihak sekolah menjemput penceramah luar untuk menyampaikan ceramah agama atau dakwah di sekolah?

Jawapan : Merujuk kepada pekeliling ikhtisas (ugama) bil.3/1979 hanya penceramah-penceramah agama yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja                    yang dibolehkan.

 

Unit Pentadbiran

 

Soalan 1 : Bilakah peruntukan Kem Bestari solat akan diturunkan?

Jawapan : Peruntukan Kem Bestari Solatbagi Tahun 2010 akan diturunkan pada awal Mei ke

                    PPD masing-masing dan akan disalurkan ke Akaun sekolah. Agihan peruntukan ini

                    adalah berdasarkan kepada prestasi kewangan semasa.

 

Soalan Lazim Tentang Bahasa Arab

           

Soalan 1 : Siapakah yang belajar Bahasa Arab di Sekolah-sekolah kementerian Pelajaran Malaysia?  

Jawapan : Di peringkat  Rendah ialah murid-murid Muslim  di sekolah rendah  yang  terlibat

                  dengan    program j-QAF. Manakala di peringkat menengah pula ialah murid-murid

                  Muslim  yang berada di Sekolah Menenggah Kebangsaan Agama (SMKA ), Sekolah

                  Agama Bantuan Kerajaan ( SABK )  dan murid-murid  Kelas Aliran Agama( KAA)  di

                  Sekolah menengah kebangsaan.

 

Soalan 2 : Apakah tujuan belajar bahasa Arab di setiap peringkat  sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia?

Jawapan : Tujuannya ialah membolehkan murid menguasai    kemahiran berbahasa Arab; 

                  Mendengar, Menutur, Membaca dan menulis serta melatih mereka menggunakan

                  bahasa  Arab yang standard.

 

Soalan 3 : Apakah kelebihan belajar Bahasa Arab berbanding bahasa lain?

Jawapan : Bahasa ialah alat komunikasi , Semua bahasa adalah penting. Semakin  banyak bahasa

                  yang dikuasai oleh seseorang, semakin luas lingkungan  komunikasinya. Bahasa  Arab

                  diperkenalkan kepada  murid-murid muslim , selain tujuan komunikasi ,  bahasa itu juga

                  merupakan Bahasa  Ibadat  mereka.

                  Di peringkat  menengah rendah, pelajar yang cemerlang  PMR  serta  lulus Bahasa Arab,

                  layak memohon masuk ke  SMKA. Di peringkat Menengah Atas, pelajar yang cemerlang

                  SPM serta lulus bahasa Arab,  berpeluang  untuk  mengikut pengajian aliran agama

                  diperingkat diploma dan universiti  disamping aliran konvesional.

 

Soalan 4 : Apa dia Program Tahbibul-Lughah? Dan apa tujuan perlaksanaannya ?

Jawapan : Program Tahbibul-Lughah adalah proses transasi peringkat menengah yang dilaksanakan

                  untuk murid yang mendaftar ke tingkatan satu   di SMKA, SABK dan KAA. Tempoh

                  perlaksanaannya  empat minggu,  sebelum murid diajar pelajaran sebenar berdasarkan

                  sukatan  pelajaran .

                  Tujuan perlaksanaan ialah memupuk minat murid terhadap Bahasa Arab, disamping

                  mengikis anggapan Bahasa arab adalah Bahasa Arab adalah bahasa tayang sukar

                  dipelajari.

 

Soalan 5 : Apa peluang kerja yang dapat diceburi oleh pelajar lulusan aliran agama?

Jawapan :  Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh lulusan agama Islam adalah Guru Agama

                  Islam di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Penasihat Syariah kepada badan

                  berkanun atau swasta, Hakim Mahkamah Syariah, Peguam Syarie, Pegawai  di Majlis

                  Agama Negeri  dan lain-lain.
 

Soalan Lazim Tentang Pendidikan Islam

 

Soalan 1 : Adakah semua murid muslim wajib mengikuti P&P Pendidikan Islam?

Jawapan : Ya, kerana Pendidikan Islam merupakan matapelajaran teras.

 

Soalan 2 : Siapakah yang mengajr Pendidikan Islam di kelas Pra-sekolah?

Jawapan : Guru  Pendidikan Islam ( GPA )yang sedia ada di sekolah tersebut.

 

Soalan 3 : Adakah  perkara Asas  Fardhu Ain ( PAFA )dilaksanakan di SMKA?

Jawapan : Ya. Semua Sekolah wajib melaksanakannya   dari Tahun 1 sekolah rendah  sehingga ke

                  tingkatan 5 Sekolah Menengah.


 

 

View My Stats