Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Rabu, 18 Oktober 2017

 

 

                                                      SOALAN LAZIM

 

UNIT PENDIDIKAN KHAS 

 

 1. Apakah itu Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )?

 Murid-murid Pendidikan Khas yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah:

 i.   Autisme

 ii.  Sindrom Down

 iii. Selebral Palsi

 iv.  Dileksia

 v.   Hiperaktif (ADHD)/ Hipoaktif

 vi.  Lembam

 vii. Pintar Cerdas

 viii.Terencat Akal yang minima

 

2. Apakah jenis Program Pendidikan Khas yang ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kepada murid-murid kurang upaya?

Antara program Pendidikan Khas yang ditawarkan untuk pelajar yang dikategorikan sebagai orang kurang upayah adalah:

 i.   Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pembelajaran)

 ii.  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Penglihatan)

 iii. Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pendengaran)

 iv.  Program Pendidikan Khas Integrasi (Pendidikan Khas Prasekolah)

 

3. Adakah tempoh persekolahan murid-murid pendidikan khas sama dengan murid di aliran perdana?

 Pada dasarnya tempoh persekolahan adalah sama dengan murid di aliran perdana namun terdapat kelonggaran tempoh selama 2 tahun iaitu murid pendidikan khas diberi altenatif menggunakan tempoh tambahan 2 tahun tersebut di sekolah rendah atau di sekolah menengah. 

Sebagai contoh:

Murid pendidikan khas dibenarkan belajar di sekolah rendah sehingga berumur 14 tahun. Murid pendidikan khas dibenarkan belajar di sekolah menengah sehingga berumur 19 tahun.

 

4. Adakah murid pendidikan khas boleh menduduki peperiksaan awam?

Ya, murid pendidikan khas boleh mengambil peperiksaan awam. Rujuk pekeliling Ikhtisas Bil.23/1998.

 

5. Adakah semua murid OKU layak mendapat elaun murid khas (EMK)?

Elaun murid khas sebanyak RM150.00 sebulan (mengikut tahun semasa) hanya akan dibayar kepada pelajar OKU di sekolah bantuan kerajaan sahaja.  Pelajar tersebut juga perlu mempunya Kad Kenal Diri OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan kebajikan Masyarakat serta akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.

 

6. Bagaimana cara untuk memohon kemasukan kanak-kanak berkeperluan khas ke Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah?

Proses kemasukkan murid baru ke PPKI:

 i.   Disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor;

 ii.  Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 iii. Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN;

 iv.  Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari PPD/JPN dan perlu membawa bersama Borang Permohonan OKU (Borang BPPOKU pindaan 1/2012) yang dikeluarkan oleh JKM.

 

UNIT PENDIDIKAN SWASTA

 

1. Bilakah tarikh yang sesuai penghantaran perakuan pendaftaran yang tamat tempoh dihantar ke JPN untuk diperbaharui?

 

Pengusaha di nasihati menghantar perakuan pendaftaran Tadika/IPS untuk diperbaharui  sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum perakuan tersebut tamat tempoh.

 

2. Apakah dokumen yang perlu disertakan untuk proses pembaharuan perakuan pendaftaran Tadika/IPS?

 

a. Tadika:

i.   Surat iringan pembaharuan perakuan pendaftaran dari pengusaha.

ii.  Salinan Asal Perakuan Pendaftaran Tadika.
iii. Memastikan surat sokongan tahun semasa daripada jabatan kesihatan telah disertakan.

iv. Bagi tadika daerah Kota Kinabalu, keperluan surat sokongan daripada DBKK akan berkuatkuasa 2016.

 

b. IPS Lain (Pusat Tuisyen/Pusat Perkembangan/Pusat Komputer)

i.  Untuk Permit Sementara IPS : Surat Iringan dan Permit Asal.

ii. Untuk Permit Tetap: Borang pembaharuan, Permit Asal dan Banyaran RM50.00

 

3.Apakah bentuk bayaran yang dikenakan dalam proses permohonan atau pembaharuan?

 

Semua bayaran disyorkan menggunakan wang pos atau bank draf atas nama bayaran ke atas Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dengan jumlah bayaran seperti berikut:

               

Tadika:

i.Semua  Permohonan Baru Permit = RM7.00

ii. Semua Pembaharuan Permit = RM2.00

 

IPS Lain (Pusat Tuisyen/Pusat Perkembangan/Pusat Komputer)

i.   Permohonan Pendaftaran Institusi Pendidikan = RM150.00

ii.  Permohonan membaharui Perakuan Pendaftaran = RM50.00

ii.  Semua Permohonan Baru Permit Pengelola/Pekerja/Guru/Pembantu Guru = RM6.00

iii. Semua Pembaharuan Permit Pengelola/Pekerja/Guru/Pembantu Guru = RM1.00

iv. Permohonan Pertukaran Alamat Premis/ Perubahan Premis = RM50.00

 

Sekolah-sekolah Swasta

i.    Permohonan Pendaftaran Institusi Pendidikan = RM300.00

ii.   Permohonan membaharui Perakuan Pendaftaran = RM100.00

iii.  Permohonan Pertukaran Alamat Premis/ Perubahan Premis = RM50.00

 

4.Bolehkan Pusat Tuisyen dijalankan di rumah kediaman?

Tidak Boleh. Pusat Tuisyen hanya boleh dijalankan di premis komersil sahaja seperti rumah kedai dengan syarat telah berdaftar dengan JPN/KPM.

 

View My Stats