Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 22 September 2017

1. SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBUAT PERAKUAN PELUPUSAN PERALATAN ICT (KW.PA-16)?

Sekurang-kurangnya seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Pegawai DG yang mempunyai kelulusan Sains Komputer ataupun setaraf dengannya. Sertakan sekali salinan sijil kelayakan yang telah disahkan sekiranya pegawai DG membuat perakuan.

 

2. APAKAH PROSEDUR MEMBUAT PERMOHONAN ICT SEKOLAH ?

Pihak sekolah boleh mengisi dan mengemukakan borang PERMOHONAN PEROLEHAN ICT SEKOLAH JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (Borang JPICT/JPN-P3) beserta salinan kotasi syarikat pembekal, salinan penyata  akaun Bank, salinan buku tunai.(Lajur berkenaan) serta salinan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT melalui PPD masing-masing. Borang JPICT/JPN-P3 boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi JPN Sabah  (Informasi ICT).

 

3. APAKAH SENARAI PERALATAN ICT YANG PERLU MENDAPATKAN KELULUSAN TEKNIKAL DARIPADA JPICT KPM/JPICT JPN?

Senarai semak Peralatan Perolehan ICT yang perlu mendapat kelulusan teknikal JPICT KPM / JPICT JPN Sabah boleh dirujuk melalui borang Borang JPICT/JPN-P3.

 

4. APAKAH FACEBOOK RASMI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH?

Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah adalah Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

 

5. APAKAH MEJA BANTUAN ATAU TALIAN HOTLINE SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN MENGENAI TALIAN 1BESTARINET/ZOOM/DONGLE/VLE/SMARTPHONE ALTITUD?

Pihak sekolah boleh menghubungi Meja bantuan 1BestariNet seperti berikut :-
Telefon : 018-7998787

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

6. BAGAIMANAKAH MEMBUAT PERMOHONAN TAMBAHAN PERALATAN ZOOM/DONGLE DAN PERPINDAHAN PARABOLA ATAU ROUTER?

Pihak sekolah boleh berhubung dengan Pegawai Meja seperti berikut:-

       a.    Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM

              Puan Yap Ley Har
              Penolong Pengarah
              Sektor Repositori dan Rangkaian
              Bahagian Teknologi Pendidikan

              Kementerian Pendidikan Malaysia
              Tel: 03-2081 7662   Faks: 03-2081 7788
              Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

       b.    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah

               Encik Salleh Lingam
               Ketua Unit ICT
               Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah

               Tel: 088-710934/729   Faks: 088-710481
               Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


       c.    Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

              Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
              Tel: 088-537010 etc 7448   Faks: 088-310726
              Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

7. BAGAIMANA INGIN MEMBUAT PERMOHONAN EMEL RASMI BAGI KAKITANGAN DI IBU PEJABAT JPN SABAH DAN PPD?

Sebarang permohonan emel rasmi atau ingin mendapatkan Khidmat bantuan mengenai emel rasmi 1GovUC boleh menghubungi pegawai meja emel rasmi iaitu Encik Justin Molidin, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat di talian 088-537 101 ext 7436.  Borang permohonan emel rasmi boleh dimuat turun melalui portal rasmi JPN Sabah (Informasi ICT).

 

8. BAGAIMANA INGIN MEMBUAT ADUAN SEKIRANYA BERLAKU KEROSAKAN PERALATAN ICT DAN RANGKAIAN DI IBU PEJABAT JPN SABAH?

Sektor/Unit JPN Sabah boleh mengemukakan Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-9) beserta salinan Kad Daftar  Harta Modal (KEW.PA-2) kepada Unit Pengurusan Aset , SKPP untuk mendapatkan syor daripada Pegawai Aset serta kelulusan daripada Ketua Jabatan sebelum tindakan pembaikan dilaksanakan oleh Juruteknik Komputer (FT17).

 

9. BAGAIMANA SEKIRANYA INGIN MEMBUAT KENAIKAN BANDWITH TALIAN 1GOVNET PADA SATU-SATU MASA (CONTOHNYA MENGADAKAN LATIHAN , VIDEO CONFERENCING?

Sekiranya lokasi (Ibu Pejabat JPN Sabah & PPD) memerlukan kenaikan bandwidth, boleh memohon kenaikan bandwidth sementara kepada pihak MAMPU SEMINGGU SEBELUM aktiviti melalui Sektor Pengurusan Maklumat & ICT.

 

10. BAGAIMANA INGIN MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN AKSES KEPADA PORTAL/APLIKASI YANG DISEKAT DALAM RANGKAIAN 1GOVNET?

Sekiranya mempunyai keperluan untuk akses ke portal/aplikasi yang diperlukan, Sektor/PPD boleh mengisi dan mengemukakan  Borang Permohonan Pengurusan Kebenaran Tapisan Capaian Internet kepada Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT untuk dipanjangkan kepada KPM bagi mendapatkan kelulusan daripada Unit Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan ICT, Bahagian  Pengurusan Maklumat, KPM.

 

View My Stats